Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Kuat Kuasa Larangan Guna ‘Power Bank’ Dalam Pesawat Mulai April

Jepun Kuat Kuasa Larangan Guna ‘Power Bank’ Dalam Pesawat Mulai April

Diterbitkan Februari 23, 2026 · Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh Amalina Athman

Jepun bakal menguatkuasakan larangan penggunaan power bank atau bank kuasa di dalam pesawat bermula April, susulan beberapa insiden melibatkan bateri mudah alih yang terbakar ketika penerbangan.

Menurut laporan, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun telah mula memaklumkan perkara tersebut kepada syarikat penerbangan.

Peraturan baharu itu akan terpakai kepada semua penerbangan yang berlepas dari atau tiba di Jepun.

Larangan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan power bank untuk mengecas telefon pintar, malah turut merangkumi pengecasan power bank menggunakan soket atau port USB yang tersedia dalam pesawat.

Menurut kementerian, bateri jenis lithium-ion yang digunakan secara meluas dalam power bank mempunyai risiko untuk terbakar sekiranya mengalami hentakan fizikal atau kemerosotan prestasi selepas tempoh penggunaan tertentu.

Sejak Julai tahun lalu, syarikat penerbangan Jepun telah menasihatkan penumpang agar tidak menyimpan power bank di ruang simpanan bahagian atas kepala, sebaliknya memastikan ia sentiasa berada dalam jangkauan sepanjang penerbangan.

Peraturan baharu akan mengekalkan larangan bateri berkapasiti tinggi melebihi 160Wh, manakala bagi bateri 160Wh atau kurang, setiap penumpang dibenarkan membawa maksimum dua unit.

Bateri mudah alih juga tidak dibenarkan dibawa atau disimpan dalam bagasi daftar masuk.

Berkaitan

  • Malaysia Airlines Perketat Peraturan Penggunaan 'Power Bank' Dalam Pesawat - Berkuat Kuasa 1 April
  • China Kini Larang Power Bank Tanpa 3C Dalam Penerbangan Domestik
  • CUKTECH Lancar 3 'Power Bank' Baharu, Harga Serendah RM69
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY