Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sam Altman_The Indian Express screenshot

Perbandingan Penggunaan Tenaga AI Tidak Adil, Sam Altman Kata “Latih Manusia Juga Perlu Banyak Tenaga”

Diterbitkan Februari 23, 2026 · Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh Amalina Athman

CEO OpenAI, Sam Altman, baru-baru ini mengulas mengenai kebimbangan orang ramai terhadap penggunaan tenaga kecerdasan buatan (AI) dalam satu acara yang dianjurkan oleh The Indian Express di India.

Menurut Altman, banyak dakwaan yang tersebar di internet, seperti setiap pertanyaan ChatGPT menggunakan 17 gelen air, adalah tidak benar sama sekali serta disifatkannya sebagai “tidak masuk akal” dan langsung tidak mencerminkan realiti. Beliau menjelaskan bahawa dahulu, pusat data memang menggunakan kaedah penyejukan penyejatan, tetapi kini teknik itu sudah tidak digunakan lagi.

Altman mengakui kebimbangan terhadap penggunaan tenaga AI adalah wajar. Bukan bagi setiap pertanyaan secara individu, tetapi secara keseluruhan memandangkan dunia kini menggunakan AI pada skala yang sangat besar.

Pada pandangannya, keadaan ini menunjukkan keperluan untuk beralih kepada sumber tenaga seperti nuklear, angin dan solar dengan lebih cepat.

“Salah satu perkara yang sentiasa tidak adil dalam perbandingan ini ialah orang ramai bercakap tentang berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk melatih model AI berbanding dengan berapa banyak tenaga yang diperlukan oleh seorang manusia untuk melakukan satu pertanyaan inferens. Tetapi ia juga memerlukan banyak tenaga untuk melatih seorang manusia. Ia mengambil kira-kira 20 tahun kehidupan dan semua makanan yang anda makan sepanjang tempoh itu sebelum anda menjadi bijak.”

Menurut Altman, perbandingan yang lebih adil ialah melihat berapa banyak tenaga yang diambil sebaik sahaja modelnya dilatih untuk menjawab soalan tersebut berbanding manusia. Dari sudut ini, AI mungkin sudah setara atau lebih cekap.

🚨 SAM ALTMAN: “People talk about how much energy it takes to train an AI model … But it also takes a lot of energy to train a human. It takes like 20 years of life and all of the food you eat during that time before you get smart.” pic.twitter.com/vRuVnnmzjB

— Chief Nerd (@TheChiefNerd) February 21, 2026

Pandangan berbeza dari pengguna

Pandangan Altman ini turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna di platform X, yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perbandingan yang dibuat.

Ada yang berpendapat perbandingan tersebut berat sebelah kerana tenaga manusia bergantung kepada makanan dan sumber semula jadi, manakala AI menggunakan elektrik serta infrastruktur tenaga berskala industri yang boleh memberi tekanan kepada grid elektrik dan penggunaan sumber air.

Sementara pengguna lain pula menyifatkan analogi tersebut sebagai terlalu “dingin” dalam melihat kehidupan manusia. Manusia tidak menghabiskan 20 tahun pertama kehidupan semata-mata untuk menjadi produktif, sebaliknya tempoh itu melibatkan proses belajar mencintai, menghadapi kegagalan, memahami emosi dan membentuk identiti diri.

Dalam pandangan ini, tenaga manusia berkait dengan pengalaman hidup, bukan sekadar kos tenaga untuk menghasilkan output tertentu.

Terdapat juga kritikan yang menyatakan pembangunan manusia bukan satu proses “latihan” yang terpisah seperti model AI, tetapi merangkumi kelangsungan biologi, sosialisasi, pembentukan moral serta interaksi dengan keluarga dan masyarakat.

This analogy sounds clever, but it collapses two very different categories of energy use, unfortunately.

Human development is not a discrete “training run.” It is biological survival, socialization, moral formation, and participation in an ecosystem. The energy a child consumes…

— Akíntúndé Babátúndé (@olorunwababs) February 22, 2026

Penganalisis teknologi, Max Weinbach, turut mengkritik analogi tersebut. Walaupun memahami maksud yang cuba disampaikan Altman, beliau berpendapat ia bukan sesuatu yang sesuai dibangkitkan di atas pentas untuk mempertahankan penggunaan tenaga AI.

Menurutnya, pendekatan itu seolah-olah menjadikan manusia sebagai input dalam sebuah sistem yang menukar tenaga, data atau pendidikan kepada output bernilai, sekali gus mengabaikan nilai kemanusiaan.

This alone may have lost my trust in Sama to build a good AI company

I understand the point he’s trying to make, but this is trying to break down people and models into cost for output and ignoring the value of humanity itself

It’s a bad path imo https://t.co/3xRwWHfNru

— Max Weinbach (@mweinbach) February 22, 2026

Tambahnya, perkara sebegini bukan sesuatu yang baik untuk diketengahkan ketika perdebatan mengenai AI sedang hangat pada masa ini.

Berkaitan

  • Guna ChatGPT? Sam Altman Dedah Berapa Banyak Tenaga, Air Digunakan Untuk 1 Soalan
  • Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • OpenAI Turunkan Harga Langganan ChatGPT Go Di Malaysia
  • 5 Isu Hangat AI Yang Dibincangkan Di Sidang Kemuncak Impak AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY