Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini – Ciri Keselamatan Dipertingkat

Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKaD berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara. Memetik laporan Bernama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengenalan dokumen baharu itu merupakan pencapaian penting, terutamanya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia….

realme Dilapor Akan Jadi Subjenama Di Bawah OPPO

Pengeluar telefon pintar dari China, realme, akan diintegrasikan dan kembali menjadi subjenama di bawah syarikat OPPO. Menurut laman web China, Leifeng.com, maklumat ini diperoleh daripada sumber dalaman OPPO, yang juga menyatakan pengasas dan CEO realme, Sky Li, akan mengekalkan tanggungjawab dan mengetuai subjenama realme di bawah pengurusan OPPO. Difahamkan, langkah ini bertujuan untuk menggabungkan sumber…

Time Home Internet Lancar Pelan Tanpa Kontrak – Bermula RM139/Bulan Untuk 600Mbps

Time kini melancarkan Pelan Tanpa Kontrak (No Lock-In), membolehkan pengguna menikmati pelan internet fiber tanpa terikat dengan sebarang kontrak. Terdapat dua pilihan langganan, iaitu pelan 600Mbps dengan harga RM139/bulan atau 1Gbps berharga RM199/bulan. Kedua-dua pelan ini termasuk pemasangan percuma, penghala (router) Wi-Fi 6 dan pemilihan jadual pemasangan yang fleksibel sama ada hujung minggu atau selepas…

Harga Set Data Yang Dijual Di Pasaran Gelap Didedahkan

Kaspersky mendedahkan bagaimana data yang dicuri melalui serangan phishing terus menjadi senjata berbahaya di pasaran gelap. Kaspersky melaporkn, sepanjang 2025 lepas, lebih 117 juta pautan phishing telah diklik pengguna di rantau APAC, dengan 88.5% menyasarkan kelayakan akaun dalam talian, 9.5% maklumat peribadi, dan 2% butiran kad bank. Data yang diperoleh dikumpulkan dalam sistem automasi berasaskan…

OpenAI Perkenal ChatGPT Health – Ruang Khusus Untuk Soalan Kesihatan

OpenAI hari ini memperkenalkan ChatGPT Health, satu bahagian khusus dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna bertanya soalan berkaitan kesihatan. Menurut OpenAI, Health dibangunkan dengan pelbagai lapisan perlindungan dan penyulitan, serta beroperasi sebagai ruang berasingan dengan tahap privasi dipertingkat untuk menjaga data sensitif. Data dalam Health tidak digunakan untuk melatih model asas OpenAI, dengan sejarah sembang dan…

Ciri Adblock Pelayar Brave Kini 45MB Lebih Jimat Memori Android

Pembangun Brave terus menambah baik pelayar mereka apabila mengumumkan enjin penyekat iklan baharu yang lebih cekap. Melalui penambahbaikan besar pada enjin berasaskan Rust, penggunaan memori berjaya dikurangkan sehingga 75%, bersamaan penjimatan kira-kira 45 MB pada Android, iOS dan desktop. Langkah ini memberi kesan positif kepada hayat bateri, kelancaran multi tugas serta pengalaman pengguna yang menggunakan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,408
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress