Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum 2025 melabuhkan tirai, musim sorotan (highlight) tahunan sudah pun tiba. Selain Apple Music, YouTube kini memperkenalkan Recap pertamanya untuk memberi gambaran tentang tabiat tontonan pengguna sepanjang tahun ini. Sama seperti di YouTube Music, YouTube Recap menampilkan minat pengguna melalui pelbagai kad. Secara keseluruhan, terdapat 12 kad yang menyertakan pelbagai…
Projek Rintis Sistem Alamat Nasional Akan Bermula Tahun Depan – Teo
Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) akan diperluas ke seluruh negara dengan projek rintis dijadual bermula pada awal tahun hadapan di sembilan kawasan terpilih. Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan kawasan yang mempunyai kadar ketidakseragaman alamat paling tinggi sebelum diperluas ke seluruh negara. “Dengan…
Nvidia Lancar Perisian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan Kereta Pandu Sendiri
Nvidia akan menawarkan perisian sumber terbuka baharu khusus untuk pembangunan kereta pandu sendiri. Perisian ini yang dikenali sebagai NVIDIA DRIVE Alpamayo-R1 (AR1), adalah model tindakan bahasa visi (VLA) terbuka pertama di dunia untuk penyelidikan kenderaan autonomi (AV). Ia menggabungkan model bahasa AI berantai pemikiran dengan perancangan laluan — satu komponen penting untuk memajukan keselamatan AV…
Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna
Netflix dilaporkan baru-baru ini membuat perubahan besar yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelanggannya apabila fungsi casting daripada telefon pintar atau tablet ke Chromecast generasi baharu kini tidak lagi disokong. Peranti seperti Chromecast dengan Google TV, yang hadir bersama alat kawalan jauh dan antaramuka skrin, hanya boleh digunakan melalui alat kawalan jauh untuk menonton Netflix sahaja….
Telefon Pintar Di India Diwajibkan Pra Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”
India telah mengarahkan pengeluar telefon pintar untuk dipra pasang dengan sebuah aplikasi keselamatan siber kendalian kerajaan ke dalam peranti dengan tidak boleh dipadam, langkah yang menimbulkan kebimbangan tentang privasi pengguna. Negara itu mempunyai 1.16 bilion pengguna telefon mudah alih, menurut data kerajaan 2024, dan pihak berkuasa berkata aplikasi tersebut akan melindungi mereka dengan lebih baik…
Remaja Belgium Raih PhD Fizik Kuantum Pada Usia 15 Tahun
Seorang remaja dari Belgium bernama Laurent Simons, mencuri perhatian dunia apabila pada usia 15 tahun, dia berjaya menamatkan pengajian PhD dalam bidang fizik kuantum di Universiti Antwerp. Digelar sebagai “Little Einstein”, Laurent mula menonjol sejak kecil apabila menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dan memperoleh ijazah sarjana muda fizik pada usia 12 tahun. Kejayaan…
