Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Belgium Raih PhD Fizik Kuantum Pada Usia 15 Tahun

Remaja Belgium Raih PhD Fizik Kuantum Pada Usia 15 Tahun

Diterbitkan Disember 2, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang remaja dari Belgium bernama Laurent Simons,  mencuri perhatian dunia apabila pada usia 15 tahun, dia berjaya menamatkan pengajian PhD dalam bidang fizik kuantum di Universiti Antwerp.

Digelar sebagai “Little Einstein”, Laurent mula menonjol sejak kecil apabila menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dan memperoleh ijazah sarjana muda fizik pada usia 12 tahun.

Kejayaan luar biasa ini bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi juga mencerminkan visi besar beliau untuk menggabungkan fizik, kimia, perubatan dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan jangka hayat manusia.

Laurent pernah menjalani latihan di Institut Max Planck, Jerman, di mana dia mula meneroka bagaimana fizik boleh bersilang dengan perubatan.

Penyelidikan sarjananya menyelami perbandingan antara keadaan boson dan lubang hitam, dengan mengkaji kondensat Bose–Einstein pada suhu yang sangat sejuk.

Selepas menyelesaikan tesis PhD, beliau terus melangkah ke Munich untuk memulakan PhD kedua dalam sains perubatan dengan fokus pada kecerdasan buatan.

Walaupun ditawarkan peluang oleh syarikat teknologi besar, ibu bapanya menekankan agar penyelidikan Laurent memberi manfaat kepada bidang perubatan.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Intel Umum Pelaburan Tambahan RM860 Juta, Jadikan Malaysia Pusat Operasi Pemasangan - PM Anwar
  • Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong EV Dan Peranti Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY