Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco – Teo

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menjalankan siasatan awam, termasuk cadangan untuk mengehadkan pendaftaran dua kad SIM prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi (telco) untuk warganegara Malaysia. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah itu bertujuan mengetatkan garis panduan pendaftaran kad SIM. Untuk rekod, sejak garis panduan diperkenalkan pada 2017, seorang individu boleh mendaftar…

Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat – Netflix, Comcast Antara Yang Berminat

Warner Bros. Discovery (WBD) sedang mempertimbangkan untuk menjual syarikat itu selepas beberapa pihak menunjukkan minat untuk mengambil alih. Dalam kenyataan rasmi, WBD memaklumkan lembaga pengarah sedang menilai pelbagai pilihan strategik, termasuk rancangan pemisahan antara Warner Bros. dan Discovery Global yang dijadualkan selesai menjelang pertengahan 2026, penjualan keseluruhan syarikat atau transaksi berasingan melibatkan bahagian studio, penstriman…

Sejumlah Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Sementara Hujung Minggu Ini

Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankannya akan tergendala sementara pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kepada aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual. Menurut BSN, penyelenggaraan ini dijalankan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan prestasi sistem perkhidmatannya. Sepanjang tempoh penyelenggaraan, sejumlah perkhidmatan BSN tidak dapat digunakan buat sementara waktu, antara 10:45 malam, 24 Oktober (Jumaat)…

AI Tidak Boleh Dipercayai Sebagai Panduan Mengundi Pilihan Raya

Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda (AP) memberi amaran pada Selasa bahawa chatbot kecerdasan buatan (AI) adalah “tidak boleh dipercayai dan jelas berat sebelah” apabila memberikan nasihat berkaitan pilihan raya — hanya lapan hari sebelum pengundian nasional Belanda. Dalam laporan terbaharu, AP menguji empat chatbot dan mendapati kebanyakannya menyokong parti politik di sebelah kiri atau paling…

Saham Netflix Menjunam, Keuntungan Suku Tahunan Tersasar

Saham Netflix jatuh lebih 6 peratus pada Selasa selepas syarikat penstriman itu melaporkan keuntungan suku tahunan sebanyak AS$2.5 bilion, jauh di bawah jangkaan pasaran. Pendapatan keseluruhan mencecah AS$11.5 bilion, namun prestasi terjejas akibat perbelanjaan luar jangka bernilai AS$619 juta berkaitan pertikaian dengan pihak berkuasa cukai Brazil. Ketua pegawai kewangan Netflix, Spencer Neumann, menjelaskan bahawa kos…

Proton e.MAS 5 Akan Dilancar 30 Oktober Ini

Proton mengesahkan bahawa Proton e.MAS 5, kenderaan elektrik (EV) pertama mereka dalam segmen mampu milik, akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Oktober 2025. Model ini sudah dibuka untuk tempahan awal dengan harga anggaran antara RM60,000 hingga RM80,000, menjadikannya antara EV paling berpatutan di pasaran Malaysia ketika ini. Dua varian ditawarkan — Prime dan Premium, masing-masing…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,307
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress