Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Hadkan Mesej Tanpa Respons

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang bertujuan mengehadkan jumlah mesej yang boleh dihantar dalam perbualan baharu apabila penerima tidak memberi sebarang respons. Semua mesej yang dihantar oleh pengguna dan perniagaan kepada individu lain akan dikira dalam had bulanan, kecuali jika mesej tersebut dibalas. Sebagai contoh, jika seseorang menghantar tiga mesej kepada kenalan baharu, ia…

Aisha Gaban, Hos AI Pertama Saluran TV UK

Sebuah saluran televisyen Britain, Channel 4, menjadi yang terbaharu di dunia menggunakan hos dipacu kecerdasan buatan (AI) dalam rancangan dokumentari isu semasa yang disiarkan pada Isnin, membincangkan kesan teknologi itu terhadap dunia pekerjaan. Episod terbaharu siri terkenal “Dispatches” menampilkan hos maya bernama Aisha Gaban, yang sepenuhnya dijana oleh AI. Namun, identiti sebenarnya hanya didedahkan pada…

Pelayan, Perisian Dan Data: Bagaimana ‘Awan’ Menggerakkan Dunia Web

Gangguan besar yang melanda Amazon Web Services (AWS) pada Isnin lalu sekali lagi menunjukkan betapa dunia bergantung kepada teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) — sistem yang membolehkan syarikat mengakses sumber IT atas permintaan tanpa perlu melabur besar dalam pusat data sendiri. Dalam bentuk paling biasa, “awan awam” (public cloud) membolehkan pelanggan berkongsi pusat data dan…

Platform Penipuan Guna Nombor Telefon 80 Negara Dibongkar

Polis Latvia, dengan kerjasama Europol, Eurojust, Austria dan Estonia, berjaya membongkar infrastruktur SIMbox yang digunakan untuk penipuan dalam talian (SIMcartel). Operasi itu yang turut dirakam berjaya menahan seramai 5 warga Latvia atas kesalah menyalahgunakan platform komunikasi untuk mencipta akaun palsu secara besar-besaran. Platform tersebut membolehkan penggunaan nombor telefon dari lebih 80 negara, menghasilkan kira-kira 50…

AFP, AWS

Perkhidmatan Internet Tergendala Beberapa Jam Akibat Gangguan Perkhidmatan Awan Amazon

Beberapa perkhidmatan internet popular, termasuk platform penstriman, aplikasi pesanan dan bank, terjejas selama beberapa jam pada Isnin susulan gangguan pada rangkaian awan utama milik Amazon. Gangguan itu menjejaskan pelbagai perkhidmatan seperti Prime Video dan Disney+, serta aplikasi seperti Perplexity AI, permainan Fortnite, Airbnb, Snapchat dan Duolingo. Di Eropah, perkhidmatan telefon mudah alih dan aplikasi pesanan…

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor

Syarikat milik penuh Kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor, menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pembangunan cip kecerdasan buatan (AI) terkemuka Korea Selatan, Rebellions Incorporated. Berdasarkan laporan TV Sarawak, kerjasama ini bertujuan memperkukuh keupayaan reka bentuk cip AI serta pembangunan semikonduktor di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerjasama tersebut mencerminkan kepercayaan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,304
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress