Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Will AI Take My Job? Dispatches

Aisha Gaban, Hos AI Pertama Saluran TV UK

Diterbitkan Oktober 21, 2025 · Dikemas kini Oktober 21, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah saluran televisyen Britain, Channel 4, menjadi yang terbaharu di dunia menggunakan hos dipacu kecerdasan buatan (AI) dalam rancangan dokumentari isu semasa yang disiarkan pada Isnin, membincangkan kesan teknologi itu terhadap dunia pekerjaan.

Episod terbaharu siri terkenal “Dispatches” menampilkan hos maya bernama Aisha Gaban, yang sepenuhnya dijana oleh AI. Namun, identiti sebenarnya hanya didedahkan pada penghujung rancangan apabila watak itu mengaku,

“Saya sebenarnya tidak wujud. Imej dan suara saya dijana menggunakan AI.”

Channel 4 berkata penggunaan hos AI ini adalah “eksperimen unik”, bukan sesuatu yang akan dijadikan kebiasaan.

“Kami mahu mencetuskan perbincangan tentang kepercayaan dan ketulenan dalam era digital, di mana kandungan mudah dimanipulasi,” kata ketua bahagian berita dan hal ehwal semasa Channel 4, Louisa Compton.

Beliau menegaskan bahawa saluran itu masih komited terhadap wartawan sebenar, laporan fakta dan berita yang sahih, sesuatu yang menurutnya “AI belum mampu lakukan.”

Episod bertajuk “Will AI Take My Job?” meneliti bagaimana automasi dan AI mengubah sektor seperti perundangan, muzik, fesyen dan perubatan. Kajian yang ditunjukkan dalam rancangan itu mendapati tiga perempat majikan di UK telah menggunakan AI untuk tugas yang dulunya dilakukan manusia.

Fenomena hos AI bukanlah sesuatu yang baharu — China memperkenalkan penyampai berita AI pertama pada 2018 menerusi agensi Xinhua, diikuti oleh Kuwait News dengan hos maya Fedha, dan ERT Greece yang memperkenalkan Hermes pada 2023. Korea Selatan, India dan Taiwan turut menjalankan eksperimen serupa.

Langkah Channel 4 ini sekali lagi membuktikan bahawa AI bukan sekadar alat bantuan, tetapi kini mula mengisi ruang yang sebelum ini dikuasai manusia — dan menimbulkan persoalan besar tentang masa depan kewartawanan serta kepercayaan penonton. – AFP

Berkaitan

  • AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY