Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Windows 11 Bakal Ada Ciri Jimat Bateri Tanpa Ubah Kecerahan Skrin

Microsoft kini sedang menguji satu ciri baharu dalam Windows 11 yang dijangka dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri peranti seperti komputer riba, tablet dan peranti mudah alih lain. Tidak seperti mod battery saver biasa yang hanya diaktifkan apabila bateri rendah, ciri baharu yang dinamakan adaptive energy saver akan mengaktifkan atau mematikan mod penjimatan tenaga secara automatik…

Monitor OLED MSI Kini Hadir Dengan EOTF Boost Untuk Paparan Lebih Cerah

MSI kini mengumumkan penambahan ciri baharu pada barisan monitor OLED mereka yang dikenali sebagai EOTF Boost. Fungsi ini merupakan mod HDR baharu yang boleh diaktifkan melalui menu OSD, seiring dengan mod HDR sedia ada seperti HDR True Black 400 dan HDR1000. Apa yang membezakan EOTF Boost ialah keupayaannya untuk memberikan kecerahan lebih tinggi berbanding mod…

Kerajaan Pertimbang Wajibkan Label ‘AI Generated’ Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Talian

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai “AI Generated” di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini. Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, terutamanya dalam media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran…

Cloudflare Sekat Bot AI, Pemilik Laman Kini Ada Kuasa Penuh

Cloudflare, penyedia infrastruktur internet global, mengumumkan perubahan besar dalam cara bot AI mengakses laman web. Bermula 1 Julai 2025, semua laman web baharu yang menggunakan Cloudflare akan secara automatik menyekat bot AI daripada mengakses kandungan, kecuali jika pemilik laman memberi kebenaran secara jelas. Ini memberi kawalan lebih besar kepada pencipta kandungan digital, sekali gus menyukarkan…

Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya

Maybank kini membolehkan pengguna menukar had pemindahan terus melalui aplikasi MAE. Tersedia mulai 14 Julai 2025, ciri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Maybank untuk memudahkan urusan perbankan pengguna. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memilih untuk membuat perubahan had pemindahan melalui laman Maybank2u seperti biasa. Cara Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE Sebelum itu, perlu diketahui bahawa…

China Gabungkan Teknologi Laser Dan LiDAR Untuk Bunuh Nyamuk

China memperkenalkan Photon Matrix, peranti laser canggih yang mampu membunuh sehingga 30 ekor nyamuk sesaat. Dibangunkan oleh Jim Wong dari Changzhou, China, ia menggunakan gabungan teknologi LiDAR dan laser untuk mengesan serta menembak nyamuk dalam masa 3 milisaat. Tidak seperti cubaan terdahulu yang gagal kerana berisiko terhadap keselamatan mata, Photon Matrix kini dilengkapi ciri keselamatan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,163
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress