Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiada Lagi SMS OTP, Transaksi Kad Bank Islam Guna BIMB Secure Mulai 15 Julai

Mulai 15 Julai 2025, pengguna kad Bank Islam tidak lagi akan menerima SMS OTP (One-Time Password) untuk pengesahan transaksi. Sebaliknya, semua transaksi kad dalam talian perlu disahkan melalui BIMB Secure. Perlu diketahui, perubahan ini hanya melibatkan transaksi dalam talian sahaja. Jenis transaksi lain seperti pembelian di tempat jualan (POS) dan transaksi tanpa sentuh (contactless) tidak…

Firma Jepun Dan UK Rancang Bina Pusat Data Terapung Pertama Di Dunia

Mitsui O.S.K. Lines, Ltd. (MOL), syarikat perkapalan global dari Jepun telah menandatangani MoU dengan Kinetics, unit peralihan tenaga Karpowership berpangkalan di UK untuk bersama membangunkan platform pusat data terapung pertama di dunia dengan sasaran beroperasi pada 2027. Projek inovatif ini akan mengubah kapal terpakai menjadi pusat data lepas pantai yang dikuasakan oleh tenaga lestari dari…

Xiaomi Tegas, Kerjasama Dengan Leica Masih Kukuh

Beberapa hari lalu, banyak laporan yang mengatakan Xiaomi tidak lagi akan menawarkan kamera Leica pada barisan telefonnya. Namun, Xiaomi menafikan dakwaan bahawa syarikat itu akan menamatkan kerjasama dengan Leica. Menurut Pengurus Besar Perhubungan Awam Xiaomi, Wang Hua, khabar angin tersebut adalah tidak berasas dan dianggap “merepek”. Beliau turut mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama dakwaan…

Malaysia Perkenal Modul Astronomi Untuk Murid Ketidakupayaan Penglihatan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini melancarkan Modul Astronomi bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan Penglihatan, menjadikan modul pertama seumpamanya diterbitkan dalam negara untuk mempelajari bidang astronomi. Modul astronomi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Space Insight yang dirangka khusus untuk melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam program pembudayaan Sains…

‘Tamparan’ Buat Apple, Eksekutif Penting AI Dilapor Sertai Meta

Apple sekali lagi berdepan cabaran dalam usaha membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila salah seorang eksekutif penting dalam bahagian AI dilaporkan akan meninggalkan syarikat itu untuk menyertai Meta Platforms. Ruoming Pang, pengurus yang mengetuai pasukan model asas Apple, kini bakal berpindah ke Meta Superintelligence Labs yang merupakan unit baharu Meta. Buat pengetahuan, Pang merupakan antara individu…

Apple Rayu Denda RM2.55 Bilion Oleh EU, Tegaskan Perubahan Tidak Baik Untuk Pengguna

Apple telah memfailkan rayuan terhadap denda sebanyak 500 juta euro (~RM2.55 bilion) yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana melanggar peraturan persaingan digital. EU mendenda Apple pada April lalu kerana menghalang pembangun aplikasi daripada memaklumkan pengguna tentang tawaran yang lebih murah di luar App Store. Apple menyifatkan keputusan EU itu sebagai melampaui undang-undang, dan mendakwa…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,153
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress