Threads kini melancarkan ciri DM untuk semua pengguna, membolehkan perbualan secara peribadi bersama individu lain di platform pesaing X itu. Buat permulaan, DM hanya dibenarkan antara pengikut Threads atau pengikut bersama dari Instagram yang berumur 18 tahun ke atas. Meta memaklumkan mesej dilindungi menerusi piawaian privasi yang ketat, perlindungan akaun dan infrastruktur keselamatan sedia ada….

Pecut Sekali-Sekala Boleh Panjangkan Hayat Bateri EV – Kajian
Satu kajian terbaru telah membuat penemuan yang agak mengejutkan berkaitan bateri EV iaitu memecut secara mengejut kereta elektrik (EV) anda sekali-sekala sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada kesihatan jangka panjang bateri. Ini sekali gus bertentangan dengan tanggapan biasa bahawa memandu dengan perlahan dan bergerak pada kelajuan tetap sentiasa lebih baik untuk prestasi dan ketahanan bateri. Kajian…

Nothing Perkenal Headphone (1) – Rekaan Lutsinar, Spatial Audio, Bateri Hingga 80 Jam
Nothing hari ini memperkenalkan Headphone (1), fon kepala over-ear pertama keluaran syarikat itu. Seperti kebanyakan produk Nothing yang lain, Headphone (1) hadir dengan reka bentuk lutsinar yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman. Dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC), spatial audio serta sokongan main balik audio lossless, fon kepala ini memenuhi hampir semua ciri utama yang…

Nothing Phone (3) Dilancarkan Dengan Skrin Kedua Mikro-LED
Penantian peminat telefon pintar khususnya peminat Nothing Phone akhirnya berakhir apabila Nothing Phone (3) dirasmikan hari ini. Malah menjadikannya lebih menarik adalah ia merupakan telefon flagship pertama mereka sejak memasuki pasaran telefon pintar pada tahun 2022. Menerusi Phone (3), Nothing menampilkan reka bentuk premium dengan prestasi dan perisian yang dipertingkatkan. Salah satu ciri paling menonjol…

OPPO Enco Buds3 Turut Dilancar, Harga RM129
OPPO hari ini turut melancarkan OPPO Enco Buds3 di Malaysia, sebagai tambahan terbaharu dalam barisan fon telinga wayarles. Direka untuk keselesaan jangka panjang dan pengalaman audio yang mengasyikkan, Enco Buds3 hadir dengan reka bentuk ergonomik separuh dalam telinga, hayat bateri sehingga 48 jam, serta pengecasan pantas hanya 10 minit untuk 3 jam penggunaan. Dikuasakan oleh…

OPPO Watch X2 Mini Rasmi – Hayat Bateri 60 Jam, Pantau Pembakaran Lemak, Harga Bermula RM999
Selain siri Reno14, OPPO Watch X2 Mini juga hadir ke pasaran Malaysia. Jam tangan pintar baharu ini mengetengahkan gabungan rekaan elegan bersaiz kompak dengan fungsi kesihatan dan kecergasan bertaraf profesional. Sebagai jam tangan paling kompak OPPO setakat ini, Watch X2 Mini hadir dengan skrin bulat 1.32 inci dan dua pilihan warna menarik, iaitu Glimmer Gold…