LG Electronics memeperkenalkan monitor dengan teknologi ‘5K AI Upscalling’ pertama di dunia menerusi 2 model yang akan membuat kemunculan di CES 2026 akan datang. Ia mampu mencapai paparan jelas sehingga 5K tanpa memerlukan pengguna menaik taraf perkakasan kad grafik (GPU) kepada yang lebih berkuasa, sekali gus membolehkan pemain menikmati permainan dalam visual berdefinisi tinggi dengan…
JPJ Naik Taraf Sistem, Kemas Kini Data Saman
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem dan mengemas kini pangkalan data bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan rekod jabatan itu. Berhubung isu tular di media sosial mengenai “saman lampau” atau saman yang telah diselesaikan, JPJ menjelaskan ia bukanlah saman yang “tiba-tiba diwujudkan semula”. Sebaliknya, saman tersebut boleh kembali wujud di dalam sistem…
Maglev China Berjaya Memecut Selaju 700 km/j Dalam 2 Saat
China kini yang sedang giat membangunkan kereta api berkelajuan ultra tinggi sekali lagi mencatat sejarah baru dalam dunia pengangkutan apabila berjaya mempercepatkan kereta api maglev mencapai kelajuan sehingga 700 km/j hanya dalam masa 2 saat. Sistem maglev menggunakan daya elektromagnet untuk mengapungkan dan menggerakkan tren tanpa geseran, membolehkan kelajuan ekstrem dicapai dengan lebih selamat dan…
Nvidia Lesenkan Teknologi Inferens Groq
Groq mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian lesen bukan eksklusif dengan Nvidia bagi teknologi inferens. Perjanjian ini membolehkan Nvidia mengakses teknologi berprestasi tinggi pada kos rendah. Groq mempunyai kepakaran dalam teknologi inferens, di mana model kecerdasan buatan (AI) yang telah dilatih akan memberi respons kepada permintaan pengguna. Walaupun Nvidia mendominasi pasaran untuk latihan model AI, syarikat…
Google Kini Benarkan Pengguna Tukar Alamat Gmail
Google akhirnya akan membenarkan pengguna menukar alamat e-mel walaupun ia berakhir dengan “@gmail.com”. Sehingga kini, Google hanya membenarkan penukaran alamat e-mel akaun bagi pengguna yang menggunakan e-mel pihak ketiga, manakala pengguna dengan alamat “@gmail.com” tidak mempunyai pilihan untuk menukarnya. Namun, situasi ini nampaknya bakal berubah. Menurut halaman sokongan Google, yang sebelum ini menyatakan bahawa penukaran…
Xiaomi 17 Ultra Dilancarkan – Snapdragon 8 Elite Gen 5, Telefoto 200MP, Leica Camera Ring
Xiaomi 17 Ultra secara rasmi diperkenalkan di China sebagai telefon pintar flagship terbaru jenama itu. Selain model standard, Xiaomi turut mengumumkan edisi khas 17 Ultra Leica yang menampilkan logo Leica lebih menyerlah serta dilengkapi Leica Camera Ring. Xiaomi 17 Ultra Xiaomi 17 Ultra merupakan model pertama dalam siri Ultra yang hadir dengan paparan rata. Ia…
