Menurut Apple, iOS 26 kini boleh ‘menyimpan’ ruang storan secara dinamik bagi memastikan kemas kini automatik dapat dimuat turun dan dipasang tanpa masalah. “Bergantung kepada jumlah ruang kosong yang tersedia, iOS mungkin akan menyimpan ruang kemas kini secara dinamik bagi membolehkan Kemas Kini Automatik dimuat turun dan dipasang dengan lancar,” menurut dokumen Apple untuk iOS…

Sony Bakal Lancar ‘Stick’ Lawan Wayarles Pertama Untuk PS5 Dan PC
Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan aksesori permainan baharu bagi konsol PlayStation 5 dan PC. Menerusi projek Defiant, Sony merancang untuk melancarkan fight stick tanpa wayar pertama mereka, yang direka khas untuk peminat permainan berlawan yang disambungkan dengan sambungan wayarles kependaman ultra rendah melalui teknologi PlayStation Link atau boleh juga disambungkan dengan kabel…

Apple Tawar Pembaikan Percuma Untuk Mac mini M2 Terjejas Isu Kuasa
Apple kini mengumumkan program pembaikan percuma untuk model Mac mini (2023) dengan cip M2, selepas mendapati bahawa “sebahagian kecil” peranti tersebut mungkin tidak lagi boleh dihidupkan. Walaupun model ini mula diperkenalkan pada 2023, Apple memaklumkan bahawa hanya unit yang dikeluarkan antara 16 Jun hingga 23 November 2024 dikenal pasti terjejas. Jika Mac mini mengalami masalah…

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft, Beralih Ke LibreOffice
Kementerian Hal Ehwal Digital Denmark akan beralih daripada perisian Microsoft seperti Windows dan Microsoft 365 kepada perisian sumber terbuka seperti Linux dan LibreOffice. Peralihan ini akan bermula pada bulan depan dengan melibatkan separuh kakitangan kementerian yang dijangka akan selesai sepenuhnya pada musim luruh. Tujuan perubahan ini adalah untuk menjimatkan kos, mengurangkan kebergantungan kepada perisian dari…

Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna Peranti Kawalan Had Laju Mulai Tahun Depan – Loke
Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Speed Limitation Device (SLD) ke atas kenderaan perdagangan, termasuk bas ekspres dan persiaran, secara berperingkat mulai 1 Oktober 2025. SLD merupakan peranti kawalan had laju yang direka khas untuk mengehadkan kelajuan maksimum sesebuah kenderaan. Peranti ini berfungsi sebagai langkah keselamatan penting bagi mengelakkan pemanduan melebihi…

WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video
WhatsApp hari ini mengumumkan sejumlah ciri baharu untuk bahagian Chat, Panggilan dan Kemas Kini. Chat/Sembang Di bahagian Chat, WhatsApp kini memperkenalkan emoji animasi yang memberi lebih warna dan gaya dalam perbualan. Apabila pengguna berkongsi salah satu daripada emoji dalam sembang, ia akan bergerak secara automatik. Selain itu, pengguna juga boleh mencipta pelekat animasi tersuai dengan…