Nokia 8.1 beserta dua buah lagi model dijangka akan membuat penampilan pertama pada pada acara yang berlangsung di Dubai hari ini. Beberapa pihak meramal ia hanyalah model Nokia X7 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Namun satu video telah bocor menerjah internet dan ia didakwa sebagai Nokia 8.1. Takuk yang terdapat padanya dilihat lebih besar…
Google Bawa Keluar Dua Aplikasi Yang Digunakan Bagi Penipuan Pemasaran
Jika sebelum ini anda menilai semua aplikasi yang ditawarkan di gedung Google Play Store adalah 100% selamat, fikirkan semula. Baru-baru ini, kami ada melaporkan mengenai 13 aplikasi yang boleh menyebabkan peranti anda diserang oleh malware. Kesemua aplikasi berkenaan telah dibawa keluar oleh pihak Google. Terbaru, Google turut mengeluarkan dua aplikasi popular yang dipercayai terlibat dalam…
Belian Dari Huawei AppGallery Lebih Mudah Dengan Kerjasama Pembayaran Dengan DiGi, Hotlink, Maxis Dan U Mobile
Huawei AppGallery merupakan sebuah platform yang menyediakan muat turun aplikasi dan lain-lain yang berkenaan dengan telefon pintar mereka. Bagi memudahkan lagi pembelian dibuat darinya, kerjasama telah dijalin antara syarikat telco yang mana pembayaran boleh dicas terus pada bil. Sistem pembayaran yang diintegrasikan ini bukan sahaja mampu menyenangkan pengguna, selain lebih selamat dan memberi kawalan yang…
Epic Games Mahu Kedai Maya Mereka Sendiri Dan Lebih Pulangan Kepada Pembangun
Dengan Discord sudah melancarkan kedai maya mereka yang menjual permainan digital kepada pengguna selain Steam, kini giliran Epic Games mahukan sedikit aksi dalam pasaran pengedaran permainan kepada pengguna. Epic Games yang sinonim dengan permainan pelbagai platfom, Fortnite dikatakan akan mengambil sedikit peratusan dari penjualan permainan di dalam platfom mereka. Sebagai contoh, Steam mengambil sehingga 30%…
Tulisan Tangan Steve Jobs Bakal Dilelong Dengan Harga Anggaran Sekitar RM250,000
Hampir 7 tahun Steve Jobs meninggalkan kita namun pengasas Apple itu sentiasa dikenang kerana berjaya menaikkan nama syarikat itu diserata dunia. Ramai yang mengidolakan beliau sehingga sanggup menghabiskan sejumlah besar wang untuk memiliki barang atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Terbaru, kertas yang sekeping kertas mengandungi spesifikasi Apple-1 yang ditulis dengan tangan bakal dilelong pada esok…
Dua Juta Unit Vivo NEX Telah Terjual Dalam Tempoh 6 Bulan
Menjelang pelancaran generasi kedua model Vivo NEX bulan ini, Vivo telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri model pertama siri berkenaan telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2 juta unit dalam masa 6 bulan sahaja. Menurut Naib Presidennya, Hu Baishan, nilai jualan bagi peranti tersebut adalah sekitar CNY 8 billion(~RM 4.84 billion). Teknologi kamera bermotor dan sensor imbasan…
