Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam akan mengenakan tarif 25% ke atas Apple dan semua pengeluar telefon pintar jika peranti mereka tidak dihasilkan di dalam negara. Trump mulanya menyasarkan Apple secara khusus, tetapi kemudian meluaskan ancaman itu kepada syarikat lain seperti Samsung, atas alasan keadilan dasar perdagangan. Beliau menetapkan tarikh pelaksanaan tarif seawal “akhir Jun…

Bahan Unik Ini Sedang Dikaji Untuk Digunakan Dalam Penyaman Udara
Sebuah makmal di Universiti Cambridge, UK, sedang mencipta revolusi dalam dunia penyaman udara menerusi satu bahan penyejuk pejal yang bukan sahaja tidak menghasilkan gas rumah hijau tetapi juga lebih cekap tenaga. Bahan unik ini yang berupa kristal plastik lilin, berkeupayaan berubah suhu lebih 50°C apabila ditekan, dan tidak bocor seperti gas penyejuk konvensional yang banyak…

Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0
Empat pengeluar telefon pintar utama China, Huawei, Honor, Oppo, dan Vivo telah bersatu untuk menyeragamkan sistem pengecasan pantas menerusi protokol baharu Universal Fast Charging Standard (UFCS) 2.0. Kerjasama itu diumumkan di Persidangan Pembangunan Industri UFCS di Shenzhen pada 22 Mei lalu. Dengan UFCS 2.0, pengecas 40W boleh digunakan bersama peranti atau kabel yang berlainan jenama….

Google Dilapor Akan Guna Cip Tensor Berasaskan TSMC Hingga Pixel 14
Salah satu masalah yang sering menjadi perbualan dalam kalangan pengguna telefon Google adalah cip pemprosesan yang biasa-biasa sahaja. Cip Tensor sebelum ini menggunakan pemproses daripada Samsung, sedangkan cip Snapdragon pada peranti andalan Samsung hadir dengan fabrikasi TSMC. Namun, mungkin selepas ini akan berubah kerana laporan terbaru daripada Digitimes mengatakan Google sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan…

AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden
Sebuah konsortium perniagaan Sweden yang terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka seperti AstraZeneca, Ericsson, Saab, SEB serta pelabur utama Wallenberg Investments, mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi global NVIDIA untuk membina infrastruktur AI tercanggih di Sweden. Untuk fasa pertama projek mega ini akan menggunakan dua NVIDIA DGX SuperPOD dengan sistem AI terkini Grace Blackwell GB300 yang akan menjadikannya…

Pakistan Rancang Jana Pendapatan Negara Menerusi Bitcoin Dan Pusat Data AI
Kementerian Kewangan Pakistan mengumumkan untuk mengalihkan sebanyak 2,000 megawatt lebihan kuasa ke pusat data kecerdasan buatan (AI) dan perlombongan mata wang kripto seperti Bitcoin. Ia merupakan langkah strategik negara itu dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya lebihan tenaga yang tidak digunakan sebelum ini bagi menjana pendapatan negara. Langkah ini merupakan fasa pertama dalam inisiatif untuk menjadikan beban…