Sebuah makmal di Universiti Cambridge, UK, sedang mencipta revolusi dalam dunia penyaman udara menerusi satu bahan penyejuk pejal yang bukan sahaja tidak menghasilkan gas rumah hijau tetapi juga lebih cekap tenaga.
Bahan unik ini yang berupa kristal plastik lilin, berkeupayaan berubah suhu lebih 50°C apabila ditekan, dan tidak bocor seperti gas penyejuk konvensional yang banyak digunakan dalam sistem penyaman udara.
Fenomena ini dikenali sebagai “barocaloric effect”, di mana bahan tersebut akan memanas apabila ditekan dan menyejuk apabila dilepaskan, tanpa melepaskan gas merbahaya sepertimana penyaman udara tradisional yang menjadi penyumbang besar kepada isu pelepasan karbon.
Sebuah syarikat pemula, Barocal yang diasaskan oleh Prof. Xavier Moya, sedang berusaha membangunkan unit penyaman udara pertama menggunakan teknologi ini.

Prototaip awal yang berfungsi menunjukkan potensi besar yang telah berjaya menyejukkan tin minuman dalam peti sejuk mini walaupun ia menghasilkan bunyi yang agak bising.
Barocal telah menarik pelaburan berjumlah $4.5 juta (~RM21.15 juta ) yang turut diterima daripada Breakthrough Energy, iaitu inisiatif tenaga hijau yang diasaskan oleh pengasas Microsoft, Bill Gates.
Barocal merancang untuk melancarkan produk pertamanya dalam masa tiga tahun, dimulakan dengan unit pendingin untuk pusat beli-belah, gudang, sekolah, dan pusat data, sebelum memasuki pasaran rumah kediaman.
{suggest}
Sumber: AFP