Kesatuan Eropah (EU) pada hari Rabu mengenakan denda sebanyak 700 juta euro (~RM3,5 bilion) terhadap Apple dan Meta selepas 2 gergasi teknologi dan media sosial itu didapati melanggar peraturan persaingan digital blok rantau itu. Ia merupakan tamparan hebat kepada 2 syarikat AS itu. Malah tindakan itu juga dilihat berpotensi mencetuskan kemarahan Presiden AS, Donald Trump….

Keuntungan Tesla Merudum, Elon Musk Umum Akan Kurangkan Bekerja Untuk Trump
Elon Musk mengumumkan bahawa beliau akan mengurangkan penglibatan dalam kerja kerajaan (melalui Department of Government Efficiency atau DOGE) bulan depan bagi memberi lebih tumpuan kepada Tesla. Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah krisis kejatuhan keuntungan suku pertama Tesla sebanyak 71% kepada $409 juta. “Mungkin pada bulan depan, peruntukan masa saya kepada DOGE akan menurun dengan ketara,”…

realme GT 7 Dilancarkan Di China, Lebih Ringan, Nipis Dan Mampu Milik
Selepas melancarkan versi Pro pada November lalu, kini realme melancarkan GT 7 di China, versi yang lebih mampu milik daripada GT7 Pro. Masih menawarkan prestasi andalan, ia dikuasakan cip Dimensity 9400+, pilihan varian RAM 12GB atau 16GB LPDDR5X, dan storan hingga 1TB. realme GT7 dilengkapi paparan 6.8” FHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz, kecerahan…

Sony Dengar Suara Peminat, Tema Klasik PS5 Kini Kembali
Sony kini kembali memenuhi permintaan peminat PlayStation dengan mengembalikan tema klasik konsol PS1 hingga PS4 ke dalam PS5, selepas sebelum ini hanya menawarkan secara terhad sempena sambutan ulang tahun ke-30 PlayStation pada penghujung tahun lalu. Ketika tema klasik ini mula diperkenalkan tahun lepas, ramai pemain menyambut baik usaha Sony mengimbau nostalgia zaman PS1, PS2, PS3,…

Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja
Intel Corp dijangka mengumumkan rancangan untuk mengurangkan lebih 20% tenaga kerjanya pada minggu ini, sebagai langkah untuk menghapuskan birokrasi di syarikat pengeluar cip itu. Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber terdekat, langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyusunan semula pengurusan dan usaha membina semula budaya syarikat yang berpaksikan kejuruteraan. Ia bakal menjadi penstrukturan berskala besar…

Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan
foodpanda akan menghentikan operasi platform, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit di Thailand mulai 23 Mei 2025, menurut pengumuman rasmi syarikat induknya, Delivery Hero, pada Rabu. Keputusan itu selari dengan strategi global Delivery Hero yang kini memberi tumpuan kepada “pengoptimuman geostrategi syarikat”, seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi penamatan operasi di beberapa negara lain…