Apple hari ini mengumumkan Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC) tahunannya akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun 2025. Seperti tahun-tahun sebelumnya, WWDC 2025 akan diadakan sepenuhnya dalam talian dan boleh diakses secara percuma untuk semua pembangun. Namun begitu, Apple turut menganjurkan pengalaman secara bersemuka, di mana pembangun berpeluang menonton ucaptama, bertemu dengan pakar Apple secara individu…

Malaysia Airports Sahkan Insiden Serangan Siber, Operasi KLIA Tidak Terjejas
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) mengesahkan ancaman keselamatan siber yang menjejaskan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah dikesan pada 23 Mac 2025. Dalam kenyataan bersama, MAHB menjelaskan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), telah dimaklumkan bagi menilai jenis dan skala…

Ini PC Desktop ROG Paling Berkuasa 2025, Mudah Diselenggara Berharga RM14,999
ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan kehadiran PC desktop gaming terbaru mereka, ROG G700 untuk tahun 2025 ini. ROG G700 hadir dengan pemproses Intel Core Ultra 9 285K yang memastikan kadar bingkai yang lancar dalam permainan terkini. Disokong oleh GPU NVIDIA GeForce RTX 5080 PRIME 16GB GDDR7, ia menyokong teknologi canggih seperti DLSS 3.5 dan…

Insulin, Suntikan & Ubat Kritikal Kini Dihantar Ke Rumah Dengan Ninja
Ninja Van Malaysia telah menandatangani MOU dengan Esyms, sebuah platform penjagaan kesihatan digital, bagi memperluaskan perkhidmatan penghantaran ubat rantaian sejuk pertama di Malaysia, Allmeds. Kerjasama ini mengintegrasikan Ninja Cold, perkhidmatan logistik rantaian sejuk oleh Ninja Van, untuk memastikan penghantaran ubat sensitif suhu yang lebih pantas, selamat, dan boleh dipercayai, terutama ke kawasan luar Lembah Klang….

PM Dedah Sistem MAHB Alami Serangan Siber, Penggodam Tuntut Lebih RM40 Juta
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengalami serangan siber baru-baru ini, dengan penggodam menuntut bayaran sebanyak USD10 juta (~RM44.4 juta). Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak tunduk dengan ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara melalui peruntukan tambahan kepada beberapa agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia…

Apple Kini Jual Kabel Audio USB-C Ke 3.5mm, Berharga RM219
Seiring pengumuman mengenai kemas kini AirPods Max yang menyokong audio lossless dan latensi ultra-rendah, Apple hari ini turut melancarkan kabel audio USB-C ke 3.5mm. Kabel dua hala ini boleh digunakan dengan port audio-out dan audio-in 3.5mm, membolehkan pengguna menyambungkan fon kepala AirPods Max dengan USB-C dan Beats Studio Pro ke sumber audio 3.5mm. Apabila disambungkan ke…