OPPO telah melancarkan jam tangan pintar andalan terbarunya, OPPO Watch X2, yang menawarkan gabungan reka bentuk premium, pemantauan kesihatan menyeluruh, dan hayat bateri lebih baik. OPPO Watch X2 hadir dengan binaan keluli tahan karat dan bingkai aloi titanium premium, memberikan ketahanan tinggi serta rupa yang elegan. Skrinnya bersaiz 1.5 inci OLED dengan kecerahan maksimum 2200…

OPPO Find N5 Rasmi, Telefon Lipat Nipis Dengan Harga RM7,999
OPPO secara rasmi memperkenalkan Find N5, telefon pintar lipat dengan rekaan paling nipis di dunia dalam kategori book-style. Dengan reka bentuk premium, prestasi tinggi, dan teknologi inovatif, Find N5 menetapkan standard baharu dalam dunia telefon lipat. Find N5 hadir dengan ketebalan hanya 8.93mm apabila dilipat dan 4.21mm apabila dibuka sepenuhnya, menjadikannya antara peranti paling nipis…

Ini Jenama Telefon Pintar Yang Jadi Pilihan Pengguna Di Rantau Asia Tenggara Pada 2024
Kajian terbaru Canalys menunjukkan pasaran telefon pintar Asia Tenggara pulih pada 2024 dengan peningkatan 11% yang menyaksikan penghantaran sebanyak 96.7 juta unit selepas dua tahun penurunan. OPPO muncul sebagai peneraju dengan 18% pegangan pasaran, diikuti oleh Samsung (17%), TRANSSION dan Xiaomi (masing-masing 16%), serta vivo (13%) bagi tahun 2024. Pada suku keempat 2024, penghantaran telefon…

EV MPV Mewah DENZA D9 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM259,000
DENZA, sub-jenama premium BYD, secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran model DENZA D9. Menggabungkan reka bentuk elegan, teknologi inovatif, dan prestasi lestari, DENZA mentakrifkan semula kemewahan dalam mobiliti moden. DENZA D9 adalah sebuah MPV elektrik mewah yang dilengkapi sistem dengan teknologi canggih seperti tiga motor elektrik, stereng roda belakang, dan sistem kawalan badan pintar…

Maxis Tawar Servis Langganan Solar, Eksklusif Untuk Pelanggannya Sahaja
Syarikat telekomunikasi Maxis Bhd. kini menawarkan satu lagi servis baharu dalam barisan produk sedia adanya dengan menawarkan servis langganan solar. Servis yang dikenali sebagai Maxis Home Solar itu adalah perkhidmatan berasaskan langganan yang kini tersedia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis sahaja. Namun begitu, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk para pelanggan Maxis yang berada di dalam…

SNS Network Sedang Buat Promosi Kit Starlink, Serendah RM1,280
SNS Network kini menawarkan promosi bagi Starlink Standard Kit V4 dan Starlink Flat High-Performance Kit, dua penyelesaian internet satelit berkelajuan tinggi yang direka untuk individu dan perniagaan di kawasan yang sukar mendapatkan akses internet konvensional. Starlink Standard Kit V4 direka untuk kegunaan kediaman dan perniagaan kecil, memberikan akses internet berkelajuan tinggi dengan pemasangan yang mudah….