OPPO telah melancarkan jam tangan pintar andalan terbarunya, OPPO Watch X2, yang menawarkan gabungan reka bentuk premium, pemantauan kesihatan menyeluruh, dan hayat bateri lebih baik.
OPPO Watch X2 hadir dengan binaan keluli tahan karat dan bingkai aloi titanium premium, memberikan ketahanan tinggi serta rupa yang elegan. Skrinnya bersaiz 1.5 inci OLED dengan kecerahan maksimum 2200 nits, membolehkan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.
Ia juga menggunakan teknologi LTPO, yang membolehkan kadar segar semula turun serendah 1Hz untuk penjimatan bateri sehingga 30%. Perlindungan skrin dilengkapkan dengan kaca nilam bagi ketahanan calar yang lebih baik.
Jam tangan ini mempunyai sijil ketahanan MIL-STD-810H, IP68 dan 5ATM, menjadikannya tahan lasak untuk pelbagai keadaan persekitaran. OPPO Watch X2 boleh didapati dalam dua pilihan warna, Lava Black dan Summit Blue.
Salah satu kelebihan utama OPPO Watch X2 ialah hayat baterinya sehingga 5 hari dalam Smart Mode dan 16 hari dalam Power Saver Mode.
Teknologi bateri karbon-silikon yang digunakan meningkatkan kapasiti bateri lebih 20% tanpa menambah saiznya. Dengan Watch VOOC Flash Charge, pengecasan selama 10 minit mampu memberikan penggunaan sehingga 24 jam.
Antara ciri kesihatan termasuk mengesan kadar jantung, tahap oksigen dalam darah, dan suhu pergelangan tangan dalam hanya 60 saat.
Ia juga boleh memantau kekakuan arteri dan kesihatan kardiovaskular dengan hanya meletakkan jari pada butang selama 30-60 saat.
Ada juga ciri pemantauan tidur termasuk ciri pengesanan apnea tidur dan pola pernafasan tidak teratur.
Manakala, Variabiliti Kadar Jantung (HRV) memberikan data tentang tahap tekanan dan cadangan teknik pengurusan stres.
Bagi peminat kecergasan, OPPO Watch X2 menawarkan lebih 100 mod sukan, termasuk mod profesional untuk tenis dan badminton. Ia juga dilengkapi dengan GPS dwi-frekuensi (L1 dan L5) untuk ketepatan penjejakan lokasi yang lebih tinggi.
Jam tangan pintar ini turut dikuasakan oleh Wear OS 5 by Google.
Harga dan ketersediaan
OPPO Watch X2 akan mula dijual di Malaysia pada 28 Februari 2025 dengan harga:
- RM1,499 untuk Summit Blue
- RM1,399 untuk Lava Black
Prapesan dibuka sehingga 27 Februari 2025 di kedai rasmi OPPO, pengedar sah, serta platform dalam talian seperti Lazada, Shopee, dan TikTok Shop. Setiap pembelian semasa tempoh pra-tempahan akan menerima tali jam tambahan secara percuma (selagi stok masih ada).
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clm0mm0
Lazada – https://invol.co/clm0mm2
{suggest}