Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Telefon

Ini Jenama Telefon Pintar Yang Jadi Pilihan Pengguna Di Rantau Asia Tenggara Pada 2024

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru Canalys menunjukkan pasaran telefon pintar Asia Tenggara pulih pada 2024 dengan peningkatan 11% yang menyaksikan penghantaran sebanyak 96.7 juta unit selepas dua tahun penurunan.

OPPO muncul sebagai peneraju dengan 18% pegangan pasaran, diikuti oleh Samsung (17%), TRANSSION dan Xiaomi (masing-masing 16%), serta vivo (13%) bagi tahun 2024.

canalys 2024 2

Pada suku keempat 2024, penghantaran telefon pintar meningkat 3% tahun ke tahun kepada 24.4 juta unit.

TRANSSION menduduki tempat pertama buat kali pertama dengan 4.1 juta unit (17% pasaran), diikuti oleh OPPO (3.9 juta unit, 16%) dan Xiaomi (3.8 juta unit, 16%).

Samsung dan vivo pula masing-masing merekodkan 3.6 juta (15%) dan 3.5 juta (14%) unit penghantaran.

canalys 2024 1

Pasaran telefon pintar premium di Asia Tenggara turut berkembang hasil pengukuhan saluran pengedaran dan strategi vendor seperti HONOR dan Apple.

Canalys dalam laporannya berkata, HONOR mencatat pertumbuhan 11% dengan kejayaan di Malaysia dan Singapura, dibantu oleh strategi mereka yang bertumpu dalam segmen premium.

cANALYS 2024 5

Canalys meramalkan strategi pengurusan inventori akan menjadi kunci pada 2025.

Canalys dalam analisisnya berkata, vendor perlu mengimbangi sasaran jualan agar tidak menyebabkan lebihan stok sehingga memerlukan promosi besar-besaran untuk menghabiskannya.

canalys 2024 3

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar No.1 Di Malaysia 2024 - Canalys
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY