Persatuan Pengeluar E-Wang (AEMI) memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk perkhidmatan kewangan digital dalam Belanjawan 2025, bagi mengekalkan pertumbuhan industri. AEMI berkata, perlanjutan itu juga penting untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas, sejajar dengan usaha Malaysia bagi membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif. Pengecualian SST…
Penyelidik Keselamatan Dakwa, Google Jejak Pengguna Pixel Setiap 15 Minit
Jika anda merupakan pengguna Pixel, anda mungkin ingin beri perhatian terhadap penemuan baharu ini. Ia ekoran laporan oleh penyelidik keselamatan dari Cybernews yang mendakwa Google menjejaki pengguna Pixel setiap 15 minit. Penemuan itu dibuat menerusi analisis mereka terhadap trafik web dari telefon pintar Pixel 9 Pro XL, memfokuskan pada apa yang dihantar oleh telefon pintar baharu…
Google Diarah Buka Play Store Kepada Gedung Aplikasi Pihak Ketiga
Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan injunksi kekal yang akan memaksa Google menawarkan alternatif kepada Google Play Store untuk memuat turun aplikasi pada peranti Android. Perintah oleh Hakim Daerah AS James Donato di San Francisco menggariskan beberapa perubahan yang mesti dilakukan oleh Google untuk membuka Play Store kepada pesaing. Google perlu membenarkan pengguna…
Jepun Kekurangan Animator, Studio Indonesia Rebut Peluang Hasilkan Anime Jepun
Indonesia dilaporkan kini mengetuai pengembangan industri animasi ASEAN di mana artis yang mahir dan lebih murah serta tenaga kerja yang semakin mengecil di Jepun telah memacu pertumbuhan studio animasi di Indonesia. Seperti yang dilaporkan Nikkei Asia, studio-studio animasi di Indonesia seperti Jiva Animation yang berpangkalan di Jakarta, baru-baru ini terpaksa menangguhkan produksi lain kerana pasukannya…
Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu
Apple hari ini mengemas kini laman web iCloud dengan sokongan beberapa ciri yang sebelum ini telah diperkenalkan dalam iOS. Kini terdapat pilihan Mod Gelap yang akan dipadankan tetapan peranti, dengan skema warna Mod Cerah atau Mod Gelap. Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan pin nota, navigasi yang dipertingkatkan dalam aplikasi Photos serta Shared View…
Microsoft: Sebilangan Fail Word Mungkin Terpadam Selepas Disimpan
Microsoft memaklumkan kepada pengguna mengenai isu yang mungkin menyebabkan Word untuk Windows memadamkan beberapa dokumen dan bukannya menyimpannya. Seperti yang dijelaskan oleh Microsoft, pepijat ini hanya memberi kesan kepada pengguna pengguna Microsoft Word untuk versi 2409. Pengguna mungkin menghadapi masalah dalam versi 2409 di mana fail mereka dipadamkan selepas disimpan jika tajuk mengandungi sambungan fail…