Pusat data kecerdasan buatan (AI) moden memerlukan penggunaan sejumlah besar kuasa dan ia dijangka akan menjadi lebih haus kuasa pada tahun-tahun akan datang apabila gergasi-gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Meta dan OpenAI berusaha ke arah kecerdasan am buatan (AGI). Mungkin sebab itulah Microsoft memeteraikan perjanjian pembelian sebuah loji kuasa nuklear untuk menjana tenaga pusat datanya….
YouTube Premium Di Malaysia Naik Harga
Youtube nampaknya kini telah menaikkan harga langganan YouTube Premium di beberapa negara, termasuk Malaysia. Untuk rekod, langganan bulanan YouTube Premium sebelum ini ditawarkan pada RM17.90 bagi individu, RM33.90 untuk keluarga serta RM10.90 bagi pelajar. Dengan kemas kini harga baharu, langganan YouTube Premium naik kepada RM20.90 (individu), RM41.90 (keluarga) dan RM12.90 (pelajar). Selain itu, harga langganan…
iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
Bukan perkara baharu, ura-ura mengenai teknologi Face ID bawah paparan telah diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi sehingga kini belum lagi menjadi kenyataan. Pada April 2023, penganalisis paparan Ross Young berkongsi roadmap yang menunjukkan kedua-dua model iPhone 17 Pro akan menampilkan Face ID bawah panel. Dalam perkembangan terbaru, Young bagaimanapun mendedahkan bahawa teknologi Face…
Qualcomm Dilapor Berminat Ambil Alih Intel
Qualcomm baru-baru ini mempertimbangkan untuk mengambil alih Intel, seperti dilaporkan Wall Street Journal. Walaupun sebarang perjanjian antara Qualcomm dan Intel digambarkan sebagai masih “jauh dari pasti”, ia berpotensi menarik perhatian pengawal selia anti persaingan. Menurut WSJ, Qualcomm mungkin perlu menjual aset atau bahagian Intel kepada pembeli lain jika ingin menyelesaikan transaksi itu. The New York…
Kerajaan Lancar Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika AI
Kerajaan hari ini melancarkan Garis Panduan dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (Artificial Intelligence Governance And Ethics – AIGE), bertujuan mewujudkan ekosistem penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang selamat, beretika dan berorientasikan kemaslahatan umum. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata garis panduan tersebut bukan sahaja menyediakan kerangka kerja bagi pengguna, penggubal polisi dan penyedia…
Xiaomi 14T dan 14T Pro Dilihat Hadir Dengan Ciri ‘Circle To Search’
Xiaomi 14T dan 14T Pro, yang akan dilancarkan pada 26 September 2024 dilihat bakal hadir dengan ciri Circle to Search, memperluaskan penggunaannya di luar peranti Samsung dan Google. Ciri ini, yang pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S24 dan kemudiannya di Pixel, kini akan menjadi sebahagian besar dalam siri Xiaomi 14T. Ciri Circle to Search…