Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14T dan 14T Pro Dilihat Hadir Dengan Ciri ‘Circle To Search’

Xiaomi 14T dan 14T Pro Dilihat Hadir Dengan Ciri ‘Circle To Search’

Diterbitkan September 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Xiaomi 14T dan 14T Pro, yang akan dilancarkan pada 26 September 2024 dilihat bakal hadir dengan ciri Circle to Search, memperluaskan penggunaannya di luar peranti Samsung dan Google. Ciri ini, yang pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S24 dan kemudiannya di Pixel, kini akan menjadi sebahagian besar dalam siri Xiaomi 14T.

Ciri Circle to Search boleh mengubah cara pengguna dalam melakukan pencarian maklumat di peranti pintar. Dengan pendekatan yang lebih intuitif, pengguna hanya perlu melingkari objek atau teks di skrin untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan untuk memahami konteks dan memberikan hasil yang tepat dan relevan.

Xiaomi 14T dan 14T Pro Dilihat Hadir Dengan Ciri ‘Circle To Search’

Selain itu, peranti ini juga akan menampilkan beberapa ciri AI Google Gemini seperti AI Notes, AI Interpreter, AI Subtitles, dan AI Voice Recorder.

Xiaomi 14T dan 14T Pro Dilihat Hadir Dengan Ciri ‘Circle To Search’

Kesemua ciri ini direka untuk meningkatkan produktiviti dan kemudahan pengguna dalam menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih efisien.

Bagi anda yang berminat, prapesan untuk siri Xiaomi 14T di Malaysia sudah pun tersedia.

Berkaitan

  • Telefon Kelas Pertengahan Samsung Dijangka Terima Galaxy AI Tak Lama Lagi
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Samsung Lancarkan Telefon Pintar Mampu Milik, Galaxy A06 Pada Harga RM449
  • Sony Lancar PS5 Edisi Ulang Tahun Ke-30, Warna Ikonik PlayStation

Sumber : spillsomebeans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY