Opensignal menobatkan Unifi sebagai penyedia perkhidmatan paling cemerlang bagi kategori Kelajuan Muat Turun 5G terpantas selepas merekodkan kelajuan 290.3Mbps. Ia berbeza dengan laporan sebelum ini di mana terdapat seri tiga penjuru tetapi Unifi kini menjadi pemenang tunggal anugerah itu. Bukan itu sahaja, Opensignal juga menobatkan Unifi memenangi Anugerah Pengalaman Video 5G dengan skor 77.7 pada…
Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
Honda Motor Co., Ltd. telah mengadakan demonstrasi kilang pengeluaran bateri keadaan pepejal ( all-solid-state) untuk kenderaan elektrik (EV), yang dibangunkan secara bebas untuk pengeluaran besar-besaran yang terletak di Bandar Sakura, Tochigi, Jepun. Demonstarsi itu bertujuan untuk menguji dan menubuhkan proses pengeluaran bateri yang akan digunakan dalam model elektrik pada separuh kedua 2020-an. “Kami percaya bahawa…
WhatsApp Perkenal Transkrip Mesej Suara
Setelah beberapa bulan dilaporkan dalam ujian, WhatsApp kini memperkenalkan ciri transkripsi yang memudahkan pengguna berkomunikasi menggunakan mesej suara. Transkrip mesej suara merupakan versi bertulis bagi mesej suara. Dengan ciri ini, ia dapat meningkatkan kebolehcapaian aplikasi dan pengalaman pengguna. Terutamanya bagi pengguna yang mengalami masalah pendengaran, atau berada dalam persekitaran yang bising di mana mendengar mesej…
Pemasangan Garisan Jalan ‘Glow In The Dark’ Mungkin Tidak Diteruskan – Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berkemungkinan tidak akan meneruskan pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark‘ di kawasan jalan raya tanpa lampu. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata KKR melaksanakan percubaan menggunakan kaedah itu di beberapa kawasan sebelum ini, namun hasil percubaan tidak menepati kehendak pakar. …jadi kita kemungkinan tidak…
Sebelum Muat Turun, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Aplikasi BIMB Mobile
Bank Islam secara rasmi hari ini telah pun melancarkan aplikasi serba baharu, iaitu BIMB Mobile. Aplikasi ini merupakan versi naik taraf aplikasi GO by Bank Islam, dengan menampilkan antara muka moden, ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta ciri tambahan. Namun, mungkin ada sebilangan pengguna yang masih keliru dan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan BIMB Mobile. Apa akan…
Infinix Nombor 4 Di Malaysia Untuk Q3 2024
Infinix dilihat mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar di Asia Tenggara, dengan pencapaian sebagai jenama telefon pintar nombor 4 di Malaysia untuk Q3 2024. Menurut data Canalys, Transsion, syarikat induk Infinix, kini berada dalam tiga teratas di Asia Tenggara dengan 16% pegangan pasaran dan penghantaran 4 juta unit pada suku ini. Malaysia menjadi salah satu…