9.9 Super Shopping Day Bakal Tawar Barangan Dan Diskaun Menarik

Sebagai platform e-dagang nombor 1 di Malaysia, Shopee telah bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia. Salah satu usaha yang dilakukan adalah berganding bahu dengan peruncit Malaysia dalam memberikan penjimatan kepada pembeli.

Antara promosi yang bakal diadakan tidak lama lagi adalah kempen beli-belah tahunan utama 9.9 Super Shopping Day yang membawakan tawaran dan diskaun menarik meliputi pelbagai jenama.

Akan berlangsung dari 19 Ogos sehingga 9 September 2019, pembeli akan dihidangkan dengan;

  • Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.

  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee,
    Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria
    Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki
    dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.

  • “One or Not” - 21 unit motosikal Yamaha, 1 unit Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1.
    Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.

  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan
    perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.

  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam
    Goreng Rangup)

  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan
    harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.

  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1
    Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.

  • Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang
    goreng hanya untuk RM9.90.

  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.

  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada
    RM19.

  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30%
    bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.

  • BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan
    Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.




Ketika majlis pelancaran kempen beli-belah ini juga, Shopee turut mengumumkan pemain bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama mereka.