Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone

79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone

Diterbitkan Februari 1, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada statistik data yang diperoleh laman SellCell, 79% pengguna telefon pintar Apple iPhone mahukan ciri yang dimansuhkan pada iPhone dahulu dikembalikan semula.

Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri butang imbas cap jari di iPhone iaitu Touch ID.

Butang pengimbas Touch ID pertama kali diperkenalkan Apple pada butang Home model iPhone 5S yang dilancarkan pada 2013 dahulu sebagai cara selamat pengesahan peranti berasaskan biometrik.

Sejak itu, Touch ID menjadi salah satu ciri terpenting pada iPhone bagi pelbagai tujuan termasuklah bagi nyah kunci iPhone, membuat pembelian dan kata laluan.

79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone
79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone

Walaubagaimanapun, Apple mengambil keputusan memansuhkan Touch ID selepas dari model siri iPhone 8. Tetapi Touch ID masih dikekalkan bagi siri iPhone SE.

Berikut adalah senarai siri iPhone yang tersedia dengan ciri butang Touch ID:-

  1. iPhone SE (2022)
  2. iPhone SE (2020)
  3. iPhone SE (2016)
  4. iPhone 8 Plus
  5. iPhone 8
  6. iPhone 7 Plus
  7. iPhone 7
  8. iPhone 6s Plus
  9. iPhone 6s
  10. iPhone 6 Plus
  11. iPhone 6
  12. iPhone 5s

Sungguhpun Touch ID kini tiada lagi pada iPhone, tapi Apple mengaplikasikan ciri pengimbas ini pada produk mereka yang lain seperti aksesori papan kekunci Magic Keyboard, komputer riba MacBook Pro dan iPad.

Berkaitan

  • Kuo: Bukan Dua, Lensa Periskop Kekal Eksklusif Untuk Satu Model iPhone Sehingga 2024
  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT
  • Orang Kuat Xiaomi, Manu Kumar Jain Angkat Kaki Daripada Syarikat

Sumber: SellCell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY