Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Kelajuan 5G Malaysia Atasi Jepun, UK Dan Jerman

Diterbitkan Oktober 31, 2023 · Dikemas kini Oktober 31, 2023 oleh ariff bukhari

Walaupun kurang daripada 2 tahun Malaysia melancarkan rangkaian 5G, tetapi usaha berterusan negara kita dalam mengembangkan infrastruktur 5G telah menjadikan Malaysia sebagai pemacu utama rangkaian 5G di rantau Asia Tenggara.

Malah rangkaian 5G negara kini lebih ke hadapan berbanding beberapa buah negara maju lain seperti United Kingdom, Jepun dan Jerman.

Menurut laporan Ookla terbaharu berdasarkan data Speedtest Intelligence untuk Suku ke-3 2023, Malaysia menduduki tempat ketiga di seluruh dunia untuk kelajuan muat turun 5G dengan kelajuan yang dilaporkan 485.25 Mbps.

Screen Shot 2023-10-31 at 7.34.48 AM
Screen Shot 2023-10-31 at 7.36.03 AM

 

Ookla mendapati, setakat September 2023, kelajuan muat turun median negara ialah 61.50 Mbps iaitu 2.9 kali lebih pantas daripada kelajuan pra-5G pada September 2021 dahulu.

Malah kelajuan muat turun median pada rangakaian 4G juga telah meningkat daripada 24.04 Mbps kepada 36.95 Mbps bagi tempoh Suku ke-3 2022 hingga Suku ke-3 2023.

Ookla menyimpulkan, jelas sekali bahawa kerajaan dan pihak berkuasa kawal selia mempunyai peranan penting dalam menjadikan 5G boleh diakses oleh pengguna. Memandangkan semua pengendali telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan 5G, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kos perkhidmatan mampu milik dan mendidik pengguna tentang faedahnya.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Ookla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY