Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
porsche ev

57% Model Porsche Kini Elektrik, Tapi Projek Bateri Sendiri Dihentikan

Diterbitkan Ogos 26, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Porsche mengesahkan akan menghentikan rancangan menghasilkan bateri sendiri secara besar-besaran, sekali gus memberi tamparan baharu kepada usaha Eropah menyaingi dominasi China dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Oliver Blume, berkata keputusan itu dibuat kerana isu skala pengeluaran dan jumlah permintaan yang tidak mencukupi untuk menjadikan projek tersebut berdaya maju.

“Elektromobiliti kekal sebagai pemacu utama masa depan kereta sports kami,” katanya.

Langkah ini memberi kesan besar kepada Cellforce Group, anak syarikat Porsche yang dibangunkan khusus untuk projek bateri berprestasi tinggi.

Menurut kesatuan pekerja IG Metall kepada AFP, sekitar 200 daripada 286 pekerja bakal kehilangan kerja. Porsche bagaimanapun menegaskan proses itu akan dilaksanakan secara bertanggungjawab, dengan peluang penempatan semula di PowerCo, pusat kepakaran bateri milik Volkswagen Group.

57% Model Porsche Kini Elektrik, Tapi Projek Bateri Sendiri Dihentikan

Walaupun menghentikan rancangan pengeluaran, Cellforce akan terus wujud sebagai unit penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Porsche berkata kepakaran yang dikumpul dalam beberapa tahun kebelakangan ini akan terus digunakan dalam pembangunan sel bateri berprestasi tinggi, termasuk untuk model masa depan seperti Cayenne elektrik dan kereta sport 718 elektrik.

Keputusan ini turut mencerminkan cabaran lebih besar yang dihadapi industri Eropah. Tahun ini, pengeluar bateri Sweden Northvolt telah muflis, sementara gergasi bateri China seperti CATL semakin mendominasi pasaran global.

Porsche masih mengekalkan komitmen kepada elektrifikasi. Pada suku pertama 2025, sekitar 57% kenderaan yang dihantar di Eropah adalah model elektrik atau hibrid, melebihi sasaran IPO syarikat, dengan kadar global pada 36%.

Langkah mengundurkan diri daripada pengeluaran besar-besaran menunjukkan bahawa, walaupun jenama mewah Jerman itu optimis terhadap masa depan EV, strategi bateri sendiri tidak lagi realistik dari sudut ekonomi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim
  • EV Diiktiraf Paling Mesra Alam Sepanjang Hayatnya - Kajian

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY