Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikmati Tol Percuma Selama Dua Hari Sempena Deepavali

50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Aidilfitri 2025

Diterbitkan Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50% dari kadar tol biasa sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Pemberian diskaun tol ini akan bermula pada 12.01 tengah malam, 28 Mac 2025 (Jumaat), dan berakhir pada 11.59 malam, 29 Mac 2025 (Sabtu).

Diskaun tol ini hanya akan diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas sepanjang musim perayaan.

Antaranya termasuk mengikut jadual waktu perjalanan atau travel time advisory oleh syarikat konsesi lebuh raya, memastikan kenderaan dalam baik, baki eWallet dan kad TNG mencukupi, bateri Smart Tag dalam keadaan baik dan sebagainya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Diskaun Tol 50% Sepanjang Musim Perayaan Tahun Ini - Ganti Mekanisme Tol Percuma
  • PLUS Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY