Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MLFF_Green Packet

PLUS Dijangka Mula Ujian Rintis Sistem Tol Tanpa Palang Menjelang April

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh Amalina Athman

PLUS Expressways Bhd (PLUS), pemilik dan pengendali lebuh raya terbesar di negara ini, dijangka memulakan sistem tol tanpa palang atau Multi Lane Free Flow (MLFF) menjelang April.

Menurut laporan The Edge, beberapa syarikat konsesi lebuh raya yang diketuai oleh PLUS telah bekerjasama rapat dalam membangunkan sistem MLFF. Usaha ini termasuk mencari kaedah penyelesaian bagi mengurangkan risiko ketirisan semasa pelaksanaannya.

Difahamkan, syarikat konsesi akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguatkuasakan penalti terhadap pemandu yang memintas sistem dengan sengaja dan berulang kali tidak mempunyai baki mencukupi dalam akaun untuk membayar tol.

“Tiada peraturan yang membolehkan syarikat konsesi mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak membayar tol selepas mereka meninggalkan lebuh raya. Kerjasama dengan JPJ bertujuan memastikan pemandu yang berhutang kepada syarikat konsesi perlu melunaskan bayaran sebelum memperbaharui cukai jalan mereka,” kata seorang eksekutif industri.

Buat masa ini, sistem akhir yang akan diguna pakai masih belum diputuskan. Namun, PLUS mempunyai kelebihan kerana anak syarikatnya, Teras Teknologi Sdn Bhd, menyediakan sistem Kutipan Tol Elektronik bagi sebahagian besar syarikat konsesi lebuh raya.

Selain itu, satu lagi pilihan yang sedang dipertimbangkan ialah mewujudkan sistem tunggal bagi seluruh industri lebuh raya melalui Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (MAHCC), dengan semua syarikat konsesi akan memiliki pegangan dalam syarikat yang mengendalikannya.

Pelaksanaan MLFF menjadi titik pertikaian antara kerajaan dan syarikat konsesi, dengan halangan utama adalah kesukaran memuktamadkan struktur tadbir urusnya.

Dilaporkan sebelum ini, 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya tidak bersetuju untuk melaksanakan sistem MLFF.

Susulan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan pada Disember lepas berkata rundingan terbabit tidak diteruskan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membawa Kertas Jemaah Menteri mengenai hala tuju pelaksanaan sistem itu ke Kabinet.

Berkaitan

  • Sistem Tol MLFF Dijangka Dapat Dilaksanakan Pada 2025 - KKR
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • 13 Syarikat Konsesi Tol Tidak Setuju Dengan Cadangan Tol Tanpa Palang, Ini Mungkin Sebabnya
  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet

Sumber: The Edge Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY