Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Diterbitkan Februari 6, 2018 · Dikemas kini Februari 12, 2018 oleh Tips Gajet

Kita abaikan terlebih dahulu tentang virus. Berikut antara aplikasi dan tetapan yang menjadikan PC anda Lambat Untuk dihidupkan.

1. Gaming Client

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Salah satu yang paling banyak digunakan ialah Steam. Salah satu kelebihan yang ada pada Steam ialah kemampuannya untuk “Update” atau pembaharuan secara berkala. Faktor ini secara tidak langsung akan menyebabkan PC anda menjadi sedikit perlahan ketika dihidupkan.

 

2. Aplikasi “Chatting”

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Aplikasi ini sudah tidak ramai digunakan sekarang, memandangkan sudah adanya peranti pintar. Namun kepada yang masih menggunakannya, pastikan anda mematikan fungsi Auto Launch at Stratup, kerana ianya akan melembabkan proses menghidupkan komputer.

 

3. Program Adobe.

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Program ini sememangnya sangat berguna kepada kita, namun beberapa fitur auto-updatenya boleh menyebabkan PC menajdi perlahan.

 

4. Cloud Storage

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Penggunaan storan awan ini sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna masakini. Namun fungsi auto “syncronize” nya boleh menajdikan PC anda sedikit perlahan, terutamanya kepada PC yang mempunyai spesifikasi yang rendah.

 

5. Program atau Aplikasi daripada Apple

5 Sebab Komputer Atau PC Menjadi Lambat Ketika Dihidupkan

Kepada pengguna PC berasaskan Windows, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang perisian daripada Apple seperti iTunes Helper atau Apple Push. Kerana ternyata penggunaannya akan menjadikan PC anda sangat perlahan ketika dihidupkan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress