Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

5% Pekerja Meta Dibuang, 4 Ribu Pekerja Dilaporkan Terkesan

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat induk Facebook, Meta dilaporkan sudah mula membuang ribuan pekerja mereka selepas gergasi media sosial itu mengambil sikap lebih tegas terhadap pekerja yang berprestasi rendah.

Malah, langkah itu juga diambil selepas Meta melabur besar untuk pembangunan AI sendiri.

Menurut Reuters, Meta bersedia untuk memulakan pemberhentian pada hari Selasa di beberapa negara sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mempercepatkan pengambilan jurutera pembelajaran mesin.

Berdasarkan memo dalaman yang diperoleh Business Insider, Meta merancang untuk mengurangkan kira-kira 4,000 pekerjaan yang akan menjejaskan kira-kira 5 peratus tenaga kerjanya.

Pekerja yang terjejas pula meliputi pekerja di Eropah, Asia, dan AS yang sudah dimaklumkan.

Pekerja di Jerman, Perancis, Itali dan Belanda pula tidak akan termasuk dalam pembuangan kakitangan ini “disebabkan peraturan tempatan”, manakala lebih banyak negara lain di seluruh Eropah, Asia dan Afrika akan menerima pemberitahuan penamatan antara 11-18 Februari.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pusat Data Meta Akan Dilengkapi Lebih Daripada 1.3 Juta GPU Akhir Tahun Ini
  • Aplikasi Apple TV Akhirnya Tiba Di Android

Sumber: Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
©2026 WISER.MY