Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Cara Mengenali Aplikasi Palsu Di Playstore

Posted on Februari 22, 2018

Sememangnya Playstore dipenuhi pelbagai aplikasi menarik, namun begitu awas! kerana terdapat sebahagian aplikasi yang boleh diklasifikasikan sebagai “fake” ataupun palsu yang mana dipenuhi oleh malware ataupun iklan yang mungkin akan membebankan peranti Android anda.

Berikut kami kongsikan 5 kaedah yang boleh digunakan unuk mengenalpasti aplikasi palsu di Playstore.

 

1. Perhatikan dengan teliti hasil carian di Playstore

Saat memuat turun aplikasi tertentu, anda boleh menggunakan search engine untuk memudahkan. Telitilah hasil pencarian tersebut sekiranya terdapat aplikasi dengan ikon yang sama. Pembuat aplikasi palsu biasanya menggunakan ikon yang sama persis dengan aplikasi yang asli. Mereka berusaha menipu mangsanya dengan cara tersebut

 

2. Perhatikan nama aplikasi dan pembangun aplikasi tersebut

Kebanyakan aplikasi yang palsu mempunyai nama yang seakan sama dengan yang asli contohnya seperti Swiftkey dan Swift Keyboard. Apa yang perlu anda lakukan iaah dengan menyemak pembangun aplikasi tersebut.

Sebagai contoh dalam gambar, pembuat aplikasi Swift Keyboard adalah Designer Superman, padahal Swiftkey dikeluarkan oleh Microsoft. Maka sekiranya anda merasa sangsi ataupun curiga hentikan sahaja niat untuk muat turun.

 

3. Semak jumlah muat turun yang telah dibuat

Pada kebiasaannya aplikasi yang asli mempunyai jumlah muat turun yang sangat tinggi sehinggakan ada yang mencecah ribuan juta.

 

4. Baca deskripsi aplikasi dan gambar skrinsyot

Apliaksi yang asli mempunyai susunan ayat dan tatabahasa yang “standard” sekiranya terdapat ayat ataupun bahasa yang “rojak” maka berhati-hatilah.

 

5. Semak bahagian ulasan

Ini antara yang paling berkesan, sekiranya banyak ulasan yang negatif maka apliaksi tersebut berkemungkinan palsu ataupun tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress