Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 10 pro

40% Pengguna Jenama Lain Beralih Kepada Siri Xiaomi Mi 10

Diterbitkan Februari 18, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dilancarkan di China pada 13 Februari, siri Mi 10 yang menawarkan Mi 10 dan Mi 10 Pro habis terjual dalam hanya 55 saat pada keesokan harinya. Walaupun tidak diketahui berapa banyak unit yang terjual, Xiaomi dikatakan berjaya menjana keuntungan sekitar 200 juta yuan hasil daripada jualan awal terbabit.

Berkaitan dengan pra-jualan tersebut, Xu Jieyun yang Pengurus Besar Perhubungan Awam Xiaomi telah berkongsi informasi menarik mengenainya. Menurut Jieyun, sekurang-kurangnya 40% pembeli pra-jualan siri Mi 10 adalah pengguna baru. Ini bermaksud, mereka sebelumnya menggunakan jenama lain tetapi kini beralih kepada peranti flagship Xiaomi. Ia melebihi jangkaan daripada pihak Xiaomi sendiri.

xiaomiMI-10-Pro (1)

Namun begitu, perkara ini mungkin tidak mengejutkan kita kerana siri Mi 10 dipersenjatakan dengan beberapa kelengkapan terbaik untuk pengguna. Imbas kembali kepada penawaran yang dibuat, kedua-duanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 865, RAM 8GB/12GB, storan 128GB/512GB, kamera selfi 20MP serta pengecasan pantas sehingga 50W untuk versi Pro.

Mi 10 Pro juga berjaya merangkul kedudukan teratas dalam carta DxOMark dimana ujian yang dijalankan meraih skor 124. Ia memintas Huawei Mate 30 Pro 5G yang kini berada di tangga kedua dengan skor 123.

Bagi pelancaran pasaran global, Xiaomi telah mengumumkan penangguhan ekoran pembatalan acara MWC2020 kesan daripada kembimbangan penularan wabak Covid-19.

Sumber: Weibo via GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY