Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 10

Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark

Diterbitkan Februari 13, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang semua sudah maklum, Xiaomi pada ketika ini sedang melangsungkan acara pengenalan siri Mi 10, peranti flagship terbaru mereka untuk tahun ini.

Ketika sesi pelancaran, pengasas syarikat Lei Jun telah mengumumkan Mi 10 Pro berjaya menduduki tangga teratas dalam senarai penanda aras DxOMark dengan 124 skor. Ia telah merampas kedudukan yang sebelum ini diduduki oleh Huawei Mate 30 Pro 5G.

Screenshot 2020-02-13 at 3.37.11 PM

Dari segi perkakasan kamera, Mi 10 Pro hadir dengan kelengkapan sama seperti Mi Note 10 Pro iaitu kamera utama 108MP, 20MP ultra lebar, 12MP telefoto x2 dan 8MP telefoto x5.

Skor keseluruhan 124 itu didapati daripada dua kategori iaitu foto dan video yang masing-masing memperoleh skor 134 dan 104.

Menurut DxOMark, hasil rakaman lebih kurang sama seperti penawaran Mi Note 10 Pro tetapi kualitinya lebih baik hasil daripada pemprosesan Snapdragon 865. Kelebihan boleh dilihat dari segi janaan tekstur, prestasi rakaman malam serta ketajaman imej.

Sumber: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY