4 Cara Mudah Mempertingkatkan Signal WiFi

Sambungan Wi-Fi adalah sangat perlu dalam kehidupan seharian kita. Jadi, ianya sangat penting untuk memastikan peranti kita sentiasa disambungkan dengan internet dalam keadaan stabil untuk memastikan penggunaan internet yang sentiasa padu.

Di Malaysia juga dapat dilihat kerajaan sedang berusaha untuk membawakan servis internet percuma ke bandar-bandar besar. Jom kita tengok bagaimana untuk memperkuatkan signal Wi-Fi.

Aplikasi Penguat Wi-Fi




Cara yang paling mudah dan segera adalah dengan memuat turun aplikasi penguat Wi-Fi di Google Play Store atau Apple App Store.

Adalah lebih baik jika anda membaca ulasan dan maklum balas daripada orang ramai terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi seperti ini.

Anda boleh lihat senarai aplikasi yang dibina khas untuk meningkatkan kualiti sambungan Wi-Fi disini. Anda juga boleh memuat turun aplikasi seperti yang saya gunakan ketika ini Avast Wi-Fi Finder. Cuma banyak sikit iklan dalam aplikasi seperti ini. Tadah je lah.



Melalui aplikasi ini anda dapat sambung ke mana-mana hotspot yang laju dan boleh dipercayai melalui peta pencarian lokasi Wi-Fi percuma yang berdekatan. Dengan aplikasi seperti ini, anda juga juga boleh membezakan kelajuan internet antara dua jaringan.

Seperti dalam gambar, terdapat dua lokasi 'menyediakan' sambungan Wi-Fi percuma yang berdekatan dengan saya ketika ini. Tapi jangan lupa mintak izin dengan tuan punya badan terlebih dahulu.

Inspektor Gajet Mode: Bina Antena 'Aluminium'


Untuk mendapatkan signal yang kuat dan sedap, anda perlu berkorban sedikit masa untuk membina peranti tambahan untuk memperkuatkan penerimaan internet Wi-Fi anda. Senang je bang.

Teknik ini sesuai digunapakai untuk kedua-dua penggunaan donggle USB atau router. Potong bahagian atas tin minuman dan gunakannya sebagai antena tambahan.



Ini dapat memastikan signal internet akan lebih tertumpu pada kawasan yang diinginkan, internet pun lebih laju. Terdapat pelbagai cara sama yang anda boleh gunakan seperti menggunakan kepingan aluminium.



Anda juga boleh gunakan senduk atau penapis besi untuk menghasilkan antena parabolik. Pastikan kepalanya berbentuk dome.

Selepas itu, tumpukan antena pada arah yang menghasilkan signal yang mantap. Pastikan juga anda semak kekuatan signal dengan menggunakan aplikasi yang telah saya nyatakan di atas.


Pastikan lokasi Wi-Fi Router berada di tempat dan posisi yang betul




Sebelu ini saya ada tulis tentang pentingya meletakkan router Wi-Fi di posisi yang betul. Ini kerana signal Wi-Fi adalah sejenis gelombang radio.

Ini bermakna ianya dapat dihalang oleh dinding seperti di rumah. Jadi adalah sangat penting untuk anda memilih lokasi yang sesuai dalam rumah atau pejabat untuk letakkan router.

Baca artikel sambungan: Signal Wi-Fi Anda Lemah? Pentingnya Meletakkan Router Wi-Fi Di Posisi Yang Betul

Sumber: WikiHow, Avast.com, technofozi.net

 

Berkaitan