Signal Wi-Fi Anda Lemah? Pentingnya Meletakkan Router Wi-Fi Di Posisi Yang Betul

Wi-Fi hanyalah sejenis gelombang radio, banyak perkara yang boleh menyebabkan gangguan penerimaan signal. Jadi ianya sangat penting untuk memastikan router Wi-Fi Iberada di posisi yang betul untuk medapatkan signal yang maksima.

1. Letak Antena Menghala ke Atas


Router secara amnya mempunyai antena yang boleh diubah. Antena selalunya berada di posisi melintang sewaktu berada di dalam kotak. Untuk memaksimumkan keupayaan signal Wi-Fi, antena perlu ditegakkan ke atas.

Jika router mempunyai dua antena, halakan kedua-duanya ke atas. Antena yang yang berbeza arah tunjuk juga menyebabkan penerimaan signal yang lemah.

2. Letakkan Router Di Tengah


Jika penggunaan di rumah yang besar atau ofis, letakkan router di kawasan paling tengah. Router yang diletakkan di hujung banggunan mungkin menghasilkan signal yang lemah. Selain itu, untuk mendapatkan signal yang maksimum, router juga perlu diletakkan di tempat yang tinggi.

Router yang diletakkan di atas lantai sangat tidak membantu. Jangan letakkan router berdekatan dengan besi. Besi adalah sejenis bahan yang mampu menghalang signal Wi-Fi. Selain daripada itu, telefon rumah yang mempunyai 2.4 GHz juga berkemungkinan punca gangguan signal Wi-Fi. (mengikut frekuensi router masing-masing)

3. Kenal Pasti Puncanya



 

Wi-Fi jiran juga mungkin salah satu sebab kenapa sambungan Wi-Fi terganggu. Posisi router perlu diletakkan di tempat yang jauh dari kedudukan router jiran sebelah. Contohnya jiran anda meletakkan routernya disebelah dinding rumah, letakkan router ke tempat yang bertentangan dengan dinding tersebut.

Di khuatiri kedua-dua router yang berada bersebelahan akan menganggu signal Wi-Fi. Dinding juga merupakan halangan yang akan melemahkan penerimaan signal. Muat turun aplikasi signal Wi-Fi untuk melihat dengan lebih terperinci prestasi Wi-Fi di lokasi tertentu.