Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
24GB Tak Cukup? Pengeluar Telefon Mula Uji RAM Lebih Besar

24GB Tak Cukup? Pengeluar Telefon Mula Uji RAM Lebih Besar

Diterbitkan September 7, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak kebelakangan ini, kita mula melihat penawaran telefon pintar dengan RAM sebesar 24GB untuk pasaran China. Nampaknya, RAM sebesar itu mungkin masih belum cukup dan pengeluar telefon kini dilapor mula menguji peranti dengan RAM lebih besar.

Berkaitan

  • RedMagic 8S Pro Rasmi, Yang Pertama Guna Snapdragon 8+ Gen 2
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • OnePlus Perkenal Ace 2 Pro - Dilengkapi RAM 24GB, Storan Sehingga 1TB

Peniris terkenal Digital Chat Station mendakwa bahawa pengeluar mula menguji telefon dengan 32GB RAM. Ia akan menjadi satu peningkatan yang ketara daripada 24GB RAM sedia ada, seperti ditawarkan pada OnePlus Ace Pro 2, RedMagic 8S Pro dan Realme GT 5.

32GB RAM DCS

Tiada penjelasan lanjut mengenai jenama mana yang menguji telefon dengan 32GB RAM. Namun, berkemungkinan ia merupakan pengeluar telefonĀ gaming atau jenama yang telah mengumumkan telefon dengan 24GB RAM.

Sementara itu, mengambil kira telefon dengan 24GB RAM belum pun mencecah pasaran global, ia mungkin tidak akan diperkenal dalam masa terdekat.

Apa pandangan anda mengenai penawaran RAM sebesar 32GB dalam sebuah telefon pintar? Adakah ia sekadar hype, terlalu berlebihan atau mungkin bersesuaian dengan penggunaan pada masa akan datang?

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY