Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT5_

realme GT5 Dilancar Dengan 24GB RAM, Pengecasan 240W

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh Amalina Athman

realme kini melancarkan realme GT5 dengan sokongan sehingga 24GB RAM dan pengecasan 240W.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • realme 11 5G Hadir Pada 30 Ogos, Guna Cip Setara Snapdragon 695

Mengenai spesifikasi, realme GT5 dilengkapi panel AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 1240 x 2772p dan 144Hz kadar segar semula. Paparan skrin turut menyokong DCI-P3 dan 10-bit serta maksimum kecerahan 1,400 nit.

realme GT5_8

Beralih ke bahagian belakang peranti, ia dimuatkan tetapan tiga kamera, iaitu 50MP IMX890 + OIS utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara kamera swafoto ditempatkan pada paparan berlubang di tengah dengan sensor 16MP.

realme GT5_1

realme GT5 dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2. Terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu pengecasan 150W dan 240W.

Bagi pengecasan 150W, ia hadir dengan konfigurasi memori 12GB/256GB dan 16GB/512GB. Sementara versi 240W mempunyai konfigurasi memori 24GB RAM dan 1TB storan dalaman. Kedua-duanya dilengkapi memori berasaskan LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

realme GT5_0

Untuk menghidupkan peranti, bateri dengan kapasiti 5,240mAh dimuatkan pada versi 150W. Manakala varian 240W hadir dengan kapasiti 4,600mAh.

Antara lainnya, realme GT5 mempunyai sokongan Bluetooth 5.3, Wi-Fi 7, dwi-SIM 5G, NFC, sensor cap jari bawah skrin serta antara muka realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

realme GT5_7

Harga

realme GT5_3

realme GT5 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Silver Mirror dan Mist Oasis pada tanda harga di bawah:

  • 150W, 12GB + 256GB – 2,999 yuan (~RM1,914)
  • 150W, 16GB + 512GB – 3,299 yuan (~RM2,105)
  • 240W, 24GB + 1TB – 3,799 yuan (~RM2,424)

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan untuk pasaran China. Belum diketahui bila realme GT5 akan tersedia untuk pasaran global, khususnya Malaysia.

Dalam perkembangan lain, realme Malaysia akan melancarkan realme 11 5G untuk pasaran tempatan pada 30 Ogos ini.

  • Beli produk realme di Shopee: https://invl.io/cljoog1
  • Beli produk realme di Lazada: https://invol.co/cljoofr

Sumber: realme via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY