Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Universiti Capai Transaksi Tanpa Tunai Per Kapita Tertinggi Tahun 2023

2 Universiti Capai Transaksi Tanpa Tunai Per Kapita Tertinggi Tahun 2023

Diterbitkan Januari 19, 2024 · Dikemas kini Januari 19, 2024 oleh ariff bukhari

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan penyedia infrastruktur kewangan pusat, 2 universiti di Malaysia sebagai juara kempen Kampus Digital 2.0, yang mencapai urus niaga tanpa tunai per kapita tertinggi pada 2023.

2 Universiti itu adalah UiTM Cawangan Terengganu (Institusi Pengajian Tinggi Awam; IPTA) dan Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pasifik (Institusi Pengajian Tinggi Swasta; IPTS).

Badan Pelajar kedua-dua universiti juga telah diumumkan sebagai Pitch Terbaik untuk setiap kategori.

2 Universiti Capai Transaksi Tanpa Tunai Per Kapita Tertinggi Tahun 2023
Datuk Ahmad Hizzad bin Baharuddin, Pengerusi, PayNet dan En. Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PayNet dengan pemenang Kategori IPTS Kampus Digital 2.0 –  Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik.

Kampus Digital 2.0 ialah inisiatif penglibatan pelajar sejajar dengan usaha PayNet untuk membentuk masyarakat tanpa tunai, yang menggalakkan penggunaan pembayaran digital di seluruh kampus universiti.

Kampus Digital 2.0 telah diadakan dari Oktober – Disember 2023 dengan 28 universiti yang mengambil bahagian daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

paynet 2
YBrs Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi, dan En. Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PayNet bersama pemenang Kampus Digital 2.0, Kategori IPTA – UiTM Cawangan Terengganu.

Kempen itu memerlukan Badan Pelajar setiap institusi mengemukakan cadangan kempen kepada PayNet tentang cara memupuk penerimaan pembayaran digital dalam ekosistem kampus mereka.

Dengan lebih 405,000 pelajar daripada institusi yang mengambil bahagian di seluruh negara, Kampus Digital 2.0 menjana 11.8 juta transaksi tanpa tunai dalam talian dan over-the-counter (OTC) semasa kempen, dari Januari hingga Disember 2023.

Pencapaian ini sejajar dengan Pelan Tindakan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (FSBP) 2022-2026, yang berhasrat untuk mempercepatkan penggunaan e-pembayaran dan meningkatkan kesedaran tentang budaya pembayaran digital.

PayNet meneruskan usaha ini ke arah masyarakat tanpa tunai yang cekap dengan pelancaran Kampus Digital 3.0.

Berkaitan

  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Plant vs Zombies 3 Dilancar Untuk Telefon Pintar
  • Teknologi AI Bakal Digunakan Bagi Permudah Prosedur Luluskan Permohonan Sijil Halal 

Sumber: Siaran media Paynet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY