Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Peranti Premium Samsung Ini Tidak Lagi Terima Sokongan Kemas Kini

2 Peranti Premium Samsung Ini Tidak Lagi Terima Sokongan Kemas Kini

Diterbitkan April 6, 2022 oleh ariff bukhari

Dahulunya 2 peranti Samsung ini merupakan peranti premium utama yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh Samsung.

Tetapi kini selepas lebih 4 tahun ia dikeluarkan, Samsung mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikannya untuk menerima sokongan kemas kini lagi.

Itulah yang terjadi pada siri telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ apabila Samsung telah mengeluarkan 2 model ini dari diterima kemas kini peranti.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ pertama kali dilancarkan pada Februari 2018 dahulu di pameran Mobile World Congress (MWC).

Siri Galaxy S9 menampilkan Infinity Display yang menggunakan skrin Super AMOLED beresolusi 2960 x 1440, berukuran 5.8 inci dan 6.2 inci untuk S9 Plus.

Siri Galaxy S9 dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 atau Exynos 9810 (SD 845 untuk pasaran Amerika Syarikat), RAM 4GB (S9) 6GB (S9 Plus) dan ROM sebesar 64GB/128GB (UFS 2.1).

Kedua-dua peranti ini juga dimuatkan dengan bateri berkapisiti 3,000 mAh untuk S9 dan 3,5000 mAh untuk S9 Plus.

Samsung dalam laman kemas kini keselamatan mereka menyatakan, hanya peranti terpilih yang dilancarkan dalam tahun 2019 atau kemudian sahaja yang akan menerima sokongan kemaskini keselamatan firmware untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun.

Manakala untuk peranti terpilih keluaran terbaru pula akan menerima sokongan kemas kini keselamatan untuk tempoh sehingga 5 tahun.

Sumber: androidauthority, Samsung Mobile Security

Baca juga:

  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY