Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Logo

Pascabayar Maxis Catat Pertumbuhan Tapi Hasil Prabayar Menguncup

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Maxis memaklumkan bahawa mereka meneruskan prestasi kewangan yang kukuh untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023  walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar.

Ia hasil daripada peningkatan langganan pascabayar yang lebih tinggi.

Pascabayar Maxis mencatat pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 7.5% kepada RM871 juta, didorong oleh langganan Maxis Pascabayar dan Pascabayar Hotlink yang lebih banyak serta strategi migrasi pra-ke-pasca yang berkesan.

Langganan pascabayar meningkat 6.3% kepada 3.4 juta, dengan ARPU (Purata Hasil Setiap Pengguna) yang stabil pada RM78.

Kesalinghubungan Kediaman juga menyaksikan pertumbuhan dua angka lagi dalam suku ini, dengan jumlah sambungan kini melepasi paras 700,000.

Sementara itu, Perniagaan Perusahaan Maxis juga meneruskan momentum menaiknya dengan mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 3.4% tahun ke tahun.

Namun begitu, hasil Prabayar Maxis menyaksikan penguncupan sebanyak 4.1% kepada RM651 juta. Tetapi penggunaan berterusan pelan Prabayar Hotlink membantu mengekalkan asas pelanggan yang sihat pada 5.7 juta dan ARPU yang stabil pada RM38 walaupun berada di pasaran prabayar yang sangat kompetitif.

Menerusi kenyataan media yang sama juga, Maxis memaklumkan bahawa mereka menyokong seruan kerajaan ke atas kesalingbungan berpatutan dan peranti mampu milik melalui Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid Penjawat Awam, selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI.

Pakej tersebut akan dilancarkan pada 31 Ogos 2023  sempena Bulan Kebangsaan nanti.

Berkaitan

  • Kami Cuba Isi Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia, Ini Hasilnya
  • 5G Rahmah: Pascabayar RM60/Bulan Untuk 60GB, Telefon 5G Serendah RM240
  • U Mobile Dan 'Telco' Lain Akan Lancar Pakej 5G Rahmah Pada 31 Ogos 2023

Sumber: Siaran media Maxis

(Langgan pelbagai pelan Pascabayar Maxis terus dari Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY