Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Anime Dragon Ball Baharu Bakal Tiba Bermula Tahun Ini

2 Anime Dragon Ball Baharu Bakal Tiba Bermula Tahun Ini

Diterbitkan Januari 26, 2026 · Dikemas kini Januari 26, 2026 oleh ariff bukhari

Sambutan ulang tahun ke-40 Dragon Ball hadir dengan berita gembira buat para peminatnya di seluruh dunia apabila diumumkan produksi anime baharu berjudul Dragon Ball Super: The Galactic Patrol.

Siri baharu ini diadaptasi daripada manga Galactic Patrol Prisoner Arc, menyambung kisah selepas Universe Survival Arc.

Dalam siri ini, Goku dan Vegeta akan bekerjasama dengan pasukan Galactic Patrol menentang musuh baharu bernama Moro, makhluk yang memakan plaet.

Visual teaser memperlihatkan mereka dalam uniform Galactic Patrol dengan rekaan asal Akira Toriyama.

2 Anime Dragon Ball Baharu Bakal Tiba Bermula Tahun Ini

Satu lagi anime Dragon Ball baharu turut diumumkan adalah Dragon Ball Super yang akan kembali sebagai Dragon Ball Super: Beerus (Enhanced Edition) pada musim luruh 2026 ini.

Projek ini menampilkan karya asal, jalan cerita dan reka bentuk karakter oleh Akira Toriyama.

Versi baharu ini hadir dengan visual yang dipertingkat, suntingan semula, rakaman suara baharu serta muzik dan kesan bunyi yang diperbaharui.

Trailer pelancarannya menonjolkan kebangkitan Beerus, ancaman terhadap Bumi dan Goku yang bangkit sebagai Super Saiyan God.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Chrome, Firefox, Dan Edge Digesa Buang 22 'Extension' Pelayar Ini Segera
  • Netflix Bakal Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Aplikasi Mudah Alih

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY