Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 6 Juta Pengguna Cuba Muat Turun Perisian Hasad ‘Extension’ Pelayar Sejak 2020

Pengguna Chrome, Firefox, Dan Edge Digesa Buang 22 ‘Extension’ Pelayar Ini Segera

Diterbitkan Januari 22, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan siber dari Koi mendedahkan  lebih 840,000 pengguna telah terdedah kepada serangan GhostPoster, satu kempen jahat yang dbuat melalui 22 sambungan (extension) palsu di pelayar Chrome, Firefox dan Edge.

Sambungan ini menyamar sebagai aplikasi popular seperti AdBlock, Amazon Price History dan Free VPN Forever.

Kod berbahaya membolehkan ia memantau aktiviti pengguna, mengubah pautan affiliate, serta mengalihkan pendaratan ke laman penipuan.

Lebih membimbangkan, ia memberi penyerang kawalan tambahan untuk memasang perisian hasad lain seperti menyuntik ID Google Analytics untuk menjejak pengguna dan penipuan iklan.

Extension ini wujud dalam stor rasmi Mozilla dan Microsoft sejak 2020 tanpa dikesan, mengakibatkan ratusan ribu sistem komputer pengguna dijangkiti.

Walaupun kini telah dibuang dari stor, pengguna mesti memadam secara manual jika extension tersebut sudah dipasang.

Jika tidak, ia terus aktif dan berisiko mencuri data atau menjejaskan keselamatan.

Berikut adallah senarai extension pelayar berniat jahat yang telah dikenal pasti setakat ini:

  1. AdBlock
  2. Ads Block Ultimate
  3. Amazon Price History
  4. Color Enhancer
  5. Convert Everything
  6. Cool Cursor
  7. Floating Player – PiP Mode
  8. Free MP3 Downloader
  9. Free VPN Forever
  10. Full Page Screenshot
  11. Google Translate in Right Click
  12. I Like Weather
  13. Instagram Downloader
  14. One Key Translate
  15. Page Screenshot Clipper
  16. RSS Feed
  17. Save Image to Pinterest on Right Click
  18. Translate Selected Text with Google
  19. Translate Selected Text with Right Click
  20. Weather Best Forecast
  21. World Wide VPN
  22. YouTube Download

Kes ini menjadi peringatan bahawa sambungan percuma tidak semestinya selamat, dan pengguna perlu lebih berhati-hati sebelum memasang sebarang add-on.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Malaysia - 30GB Storan, RM3.50/Bulan
  • Tajaan Penuh, Golongan B40 Kini Berpeluang Ikuti Kursus Kemahiran Pengkomputeran Awan Dan AI

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY