Peranti-peranti yang terjejas ini ditambah kod malware pada satu peringkat antara proses pembuatan hingga proses penjualan kepada pengguna. Malware ini tidak ada di dalam ROM asal pengeluar dan mungkin wujud sewaktu dalam 'supply chain'. Antara peranti yang dikesan mengandungi malware adalah Galaxy Note 2,3,4,5 dan 8, Asus Zenfone 2, LG G4, Nexus 5 dan 5X dan Xiaomi Mi4 dan Redmi.
Malware yang dikesan pula memang biasa dijumpai di dalam dunia sekruti mobil. Sebagai contoh, Loki, sebuah malware bot pengiklanan dan Slocker, yang menggunakan rangkaian TOR untuk menghantar data kepada penciptanya tanpa dikesan. Ini merupakan satu isu sekuriti yang agak besar jika penggunaan harian peranti ini melibatkan maklumat peribadi pengguna dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengguna. Ini bukan pertama kali malware dikesan di dalam peranti Android dan menjadi satu trend ke atas sistem operasi terkenal Google itu.
Admin pon pernah menghadapi situasi ini dimana peranti dibeli mengandungi bloatware dan malware sebelum kotak dibuka. Selalunya lah penjual yang meletakkanya dan bukan pengeluar asal peranti tersebut.
Sumber
Berkaitan
- Iphone Mungkin Akan Mengambil Lagi Satu-Satunya Fungsi Unik Samsung
- COO Nokia Meletakkan Jawatan Selepas 8 Bulan Bersama Syarikat Itu
- ZTE Komited Dalam 5G
- Kamera OPPO Find X3 Pro Boleh Kesan Kasut Tiruan
- Nak Menang ROG Phone 5? Ini Caranya
- Overclocker Profesional Tetapkan Rekod Dunia Dengan Intel Core i9-9900K
- Ketua Grafik AMD Bertukar Kapal Ke Intel
- Uber Akan Melaksanakan Bayaran Kepada Pemandu Untuk Memulangkan Barangan Penumpang Yang Tertinggal
- Pembikinan Siri Anime Dota 2 Musim Kedua Sudah Bermula
- Xiaomi Mi Max 2 Sudah Berada Di Malaysia