Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 120hz

120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8

Diterbitkan Januari 13, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini di Shenzhen, China, OnePlus telah mengadakan acara khas untuk pengumuman teknologi paparan yang bakal digunakan pada peranti mereka (Ya, siri OnePlus 8).

OnePlus held a screen technology communication meeting, announced a 120Hz 2K + screen, and more screen optimization details. pic.twitter.com/5hqsxhUtQQ

— I'm back! (@UniverseIce) January 13, 2020

Antara yang diumumkan pada acara tersebut adalah spesifikasi dan teknologi yang dimuatkan dalam paparan terbaharu mereka adalah resolusi QHD+ OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ini bermakna OnePlus akan gunakan panel 120Hz pada kesemua model OnePlus 8 Lite, 8, dan juga Pro

Selain itu, paparan ini juga akan mempunyai 10-bit warna yang sangat diperlukan terutamanya untuk memaparkan kandungan HDR 10. Dengan panel 10-bit warna ini, ia bakal meningkatkan jumlah warna yang boleh dihasilkan kepada 1.07 billion.

120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8

Untuk setiap paparan yang dihasilkan, OnePlus menyasarkan penarafan 0.8 JNCD. Just Noticeable Color Difference (JNCD) merupakan ukuran perbezaan minimum warna yang boleh dilihat oleh manusia. Sebagai perbandingan Galaxy Note 10 mempunyai 0.4 JNCD, menjadikan warna paparan pada peranti tersebut hampir sempurna.

120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8

Paparan baharu ini juga akan disertakan dengan cip MEMC khas. MEMC bermaksud Motion Estimation and Motion Compensation. Ia biasanya digunakan dalam tv yang bertujuan untuk mengurangkan motion blur dengan menambah jumlah frame.

120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8

Teknologi MEMC ini juga akan membolehkan upscaling sehingga 120 frame setiap saat. Secara teorinya, ia akan menjadikan permainan yang tidak menyokong 120fps pun akan turut menjadi lebih lancar.

Antara teknologi menarik yang lain adalah paparan ini akan menyokong sehingga 1,000 nits. Ia juga akan menyokong kadar sampel sentuhan 240Hz. Dengan sampel sentuhan ini, paparan akan lebih responsif disebabkan ia bersedia menerima sentuhan skrin 240 kali setiap satu saat.

120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8

Menurut The Verge, CEO OnePlus, Pete Lau mengesahkan sendiriĀ  bahawa OnePlus 8 bakal menggunakan paparan ini. Tambahannya lagi, beliau dengan yakin mengatakan ia akan menjadi peranti dengan paparan terbaik untuk tahun 2020.

Namun jangan lupa. Samsung juga ada siri S20 dengan paparan 120Hz mereka juga. Elok jugalah jika OnePlus menemani Samsung untuk sama-sama gunakan paparan 120Hz.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY