Sistem operasi terbaru ini membawakan pelbagai ciri baru. Namun, kemas kini kurang difokuskan untuk tambahan fungsi baru dan lebih kepada mempermudahkan urusan pelbagai perkara hanya melalui telefon pintar.
Oleh itu, di bawah ini adalah 11 perkara baharu yang terdapat dalam kemas kini Android 11.
1. Bahagian khas notifikasi aplikasi sembang - Dalam Android 11, notifikasi perbualan melalui aplikasi sembang akan dipindahkan ke ruang khas. Ia bertujuan untuk memudahkan pengurusan perbualan dalam satu tempat. Sementara, perbualan yang ditandakan sebagai "Priority" akan sentiasa dipaparkan pada notifikasi walaupun dalam mod Do Not Disturb.
2. Bubbles - Mana-mana perbualan dari aplikasi sembang kini boleh dibuka secara terus hanya dengan menekan buih sembang tanpa perlu beralih antara aplikasi dan sebagainya.
3. Rakaman skrin - Rakaman skrin berserta suara dari mikrofon, peranti atau kedua-duanya kini tidak lagi memerlukan aplikasi pihak ketiga kerana telah tersedia secara terbina melalui kemas kini Android 11. Fungsi ini sama seperti rakaman skrin yang terdapat pada peranti iOS.
4. Menu butang kuasa baharu - Akses kawalan peranti pintar kini boleh dilakukan hanya dengan menekan lama pada butang kuasa. Kawal peranti yang disambungkan seperti lampu tidur, thermostat, dan lain-lain dengan mudah tanpa perlu membuka pelbagai aplikasi.
5. Kawalan media baharu - Lebih pantas untuk beralih peranti yang memainkan media seperti fon kepala ke pembesar suara atau TV dan lain-lain.
6. Android Auto sambungan tanpa wayar - Android Auto kini berfungsi tanpa wayar untuk semua telefon yang menjalankan Android 11. Semak kenderaan yang boleh dipadankan tanpa wayar melalui pautan ini.
7. One-time Permission - Android 11 turut menambah pilihan "Only this time" dengan membenarkan sekali akses bagi perkara sensitif seperti mikrofon, kamera dan lokasi. Jika aplikasi yang digunakan memerlukan akses tersebut untuk masa akan datang, kebenaran perlu dilakukan sekali lagi.
8. Auto-reset Permission - Jika aplikasi yang dipasang dalam telefon tidak digunakan dalam tempoh beberapa bulan, kebenaran akses akan ditetapkan semula. Ia bertujuan bagi melindungi data pengguna.
9. Google Play System Update - Kemas kini sekuriti dan privasi utama tidak lagi memerlukan kemas kini sistem operasi. Ia akan dihantar kepada telefon melalui Google Play, dalam cara yang sama sesuatu aplikasi dikemaskini.
10. Android Enterprise - Android 11 turut membawakan perlindungan privasi bagi peranti syarikat.
11. Fungsi tambahan Pixel 2 ke atas - Jika menggunakan Pixel 2 dan ke atas, pengguna akan ditawarkan fungsi tambahan baharu untuk menguruskan telefon seperti cadangan aplikasi di skrin utama berdasarkan rutin harian dan sebagainya.
Sumber: Google
Berkaitan
- Mi 11 Melepasi Ujian Ketahanan, Terbukti Lebih Tahan Lasak
- Pemindahan Data Antara iPhone Dan Android Kelak Lebih "Mesra Pengguna"
- Xiaomi Mi 11 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada Februari 2021
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pindahkan Chat Antara Peranti iOS Dan Android
- Hanya Kamera Terbina Yang Boleh Digunakan Pada Android 11
- WhatsApp Kini Hadir Dengan Sokongan Passkeys Untuk Pengguna Android
- Ura-Ura: Siri iPhone 15 Mungkin Tidak Menyokong Sepenuhnya Kabel USB-C Android
- Sekali Lagi, Peranti Android Dikatakan Akan Dilengkapi Sokongan 'Battery Health'
- Mi 11 Pro Dilancarkan - Dilengkapi Sensor ISOCELL GN2 50MP, Ketahanan IP68
- OPPO Reno11 F 5G Dilancarkan - Dimensity 7050, 64MP Kamera, 8GB RAM