Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-31T110415.006

ZOTAC Akan Umum Konsol Mudah Alih Minggu Depan, Mungkin Guna Cip AMD Ryzen 7

Diterbitkan Mei 31, 2024 oleh Muhd Idham

ZOTAC Technology kini akan memperlihat sebuah peranti konsol mudah alih semasa acara COMPUTEX 2024.

Berdasarkan sumber maklumat yang dikongsikan VideoCardz, ia akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 7 8840U APU dengan sokongan kad grafik AMD Radeon 780M, 16GB memori LPDDR5X dan storan SSD M.2 NVMe PCIe 4.0 sebesar 512GB.

Skrin pula adalah jenis AMOLED 7 inci boleh sentuh dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 1080p dan kecerahan puncak 800nits,

Selain daripada sistem operasi Windows 11 Home, peranti ini juga akan menggunakan bateri Li-ion 48.5 Whr yang dijangka mampu digunakan dalam tempoh masa 1 jam 25 minit sahaja secara berterusan.

Screenshot 2024-05-31 113348
Foto: VideoCardz

Selain daripada itu, ketersediaannya juga dijangka tiba dalam suku ketiga 2024 akan datang.

Tony Wong selaku CEO ZOTAC menekankan lagi di laman web rasmi mereka bahawa peranti konsol mudah alih ini akan hadir dalam bentuk rekaan buatan tukang jahit (tailor-made) dengan ciri prestasi dalaman untuk kegunaan pertandingan.

“We have made considerable efforts to raise the bar with our debut handheld, tailor-made with competitive features for all gamers.” – Tony Wong, CEO ZOTAC

Berdasarkan spesifikasinya, kita boleh jangkakan prestasi sepanjang pengalaman bermain permainan yang jauh lebih hebat berbanding Lenovo Legion Go dan ASUS ROG Ally yang menggunakan cip AMD Ryzen Z1 Extreme.

Hal ini telah pun diperkukuhkan dalam ulasan mengenai Legion Go kerana keberkesanannya terhad dari sudut resolusi permainan sewaktu bermain permainan dengan penggunaan grafik yang tinggi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Jualan 6.6 Anker Kembali, Ini Senarai Produk Yang Ada Diskaun
  • God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249
  • MediaTek Perkenal Cip Dimensity 7300, 7300X
  • Mungkin Ini Spesifikasi Redmi Note 14 Pro

Sumber: ZOTAC GAMING, VideoCardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY