Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Telefon Kelas Pertengahan 2024 Terbaik Bawah RM2000

Mungkin Ini Spesifikasi Redmi Note 14 Pro

Diterbitkan Mei 31, 2024 ยท Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Siri Redmi Note 13 boleh dikatakan masih baru sahaja dilancarkan di Malaysia secara rasmi iaitu pada pertengahan Januari 2024 lepas.

Dalam siri itu turut dilancarkan adalah versi Redmi Note 13 Pro 5G yang dilengkapi spesifikasi berkuasa seperti skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar 120Hz, kamera utama 200MP, bateri gergasi 5,100mAh dan dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 2.

Tapi, kini muncul ura-ura spesifikasi awal bagi Redmi Note 14 Pro yang dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun ini di China.

Menurut info yang dikongsikan Digital Chat Station (DCS) di platform media sosial China, Weibo, tumpuan utama untuk siri Redmi Note 14 mungkin pada keupayaan kamera dan reka bentuknya yang lebih menarik dari siri sebelumnya.

DCS mencadangkan bahawa salah satu model dalam barisan telefon itu akan menampilkan paparan AMOLED 1.5K resolusi tinggi dengan kadar segar semula yang tinggi. Dan ia akan dikuasakan oleh cip Qualcomm SM7635, dikenali secara komersial sebagai Snapdragon 7s Gen 3.

Walaupun dia tidak menamakan peranti itu secara khusus, tetapi berdasarkan spesifikasi itu, ia mungkin adalah Redmi Note 14 Pro yang akan menjadi pengganti kepada Redmi Note 13 Pro yang dikuasakan Snapdragon 7s Gen 2. Dia juga membayangkan bateri peranti itu berkemungkinan dimuatkan dengan kapasiti 5000mAh atau lebih tinggi.

Ura-ura ini masih awal, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi atau ura-ura lanjut berkaitan ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang spesifikasi Redmi Note 14 Pro yang akan datang.

Siri Redmi Note 13 boleh dibeli pada harga bermula RM749 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll7g76
  • Lazada – https://invol.co/cll7g7f

Berkaitan

  • Siri Redmi Note 13 Dilancar Dengan Harga Bermula RM749
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY